Isu tanah Kampung Sungai Baru kini bawah perhatian Perdana Menteri

Isu penduduk Kampung Sungai Baru yang menerima notis pengusiran daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) pada 19 Disember 2022 kini dalam perhatian Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Setiusaha politiknya, Azman Abidin mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

“Kes ini masih dalam perhatian PM. Saya akan maklumkan (perkembangan seterusnya) seberapa segera,” katanya ringkas.

Dua hari lalu, penduduk Kampung Sungai Baru meminta Anwar campur tangan dalam perkara itu setelah mereka dipaksa mengosongkan rumah sebelum 19 Januari ini, iaitu dalam tempoh 30 hari selepas surat PTGWPKL dikeluarkan.

Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru melibatkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru dengan proses pengambilan tanah bermula sejak tahun 2016.

Pada 21 Jun 2021 lalu, penduduk di Kampung Sungai Baru menerima surat Warta Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memaksa mereka keluar dari tanah itu dengan pampasan.

Namun, penduduk terutama penghuni rumah teres tidak setuju dengan kadar pampasan RM400 kaki persegi yang ditetapkan oleh PTGWPKL.

Sehingga kini, sebanyak 37 penduduk rumah teres tidak setuju dengan pampasan ditawarkan, manakala 27 penghuni bersetuju.

Susulan itu, pada 19 Disember penduduk menerima notis pengusiran 30 hari.

Namun, penduduk menerusi Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Kampung Sungai Baru meminta pelanjutan masa setelah mendakwa masih ada yang belum menerima pampasan antaranya kerana tempoh yang diberikan terlalu singkat.

Jawatankuasa juga mendakwa, ada penduduk yang diberi pampasan dan ada pula yang tidak menerima sebarang bayaran daripada pemaju.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker