Cuba beristeri dua, suami mati ditikam isteri
Polis menahan seorang wanita berusia 19 tahun yang didakwa menikam suaminya hingga mati kerana rancangannya untuk mengahwini seorang lagi wanita untuk menjadi isteri keduanya, lapor portal berita Standard semalam.
Suaminya, Michael Onyango Ondiala, 32, meninggal dunia beberapa saat selepas dia ditikam dengan pisau di kampung Miyoro di sub-lokasi Kajwang, sub-daerah Ndhiwa oleh isterinya itu baru-baru ini.
Mengesahkan kejadian itu, seorang Penolong Ketua Kawasan, Enos Nyawade berkata, pergaduhan tercetus selepas si isteri tidak bersetuju mengenai rancangan tersebut.
Bagaimanapun, pertengkaran itu kemudian bertukar menjadi tragis apabila wanita tersebut mengambil sebilah pisau dan menikam perut suaminya yang merupakan bapa kepada dua orang anak sebelum mangsa meninggal dunia beberapa minit kemudian.
Berikutan kematian itu, sekumpulan penduduk kampung menyerbu rumah tersebut memaksa si isteri melarikan diri ke ladang tebu berhampiran.
Dalam video yang dirakam sejurus selepas dia dilaporkan menyerah diri kepada penolong ketua kampung, remaja berusia 19 tahun itu mendakwa rumah tangga mereka bermasalah selepas suaminya berkeras mahu berkahwin lagi.
“Suami saya mahu berkahwin dengan isteri kedua dan dia mula tidak menyukai saya. Pada suatu ketika, dia mengarahkan saya mengemas dan membatalkan perkahwinan (kami), sebelum pergaduhan bermula,” kata wanita itu.
Menurut Nyawade, suspek baru-baru ini pulang ke rumah selepas dia berpisah dengan si mati selepas berlakunya perselisihan faham.
Katanya, wanita itu meninggalkan si suami selama beberapa bulan dan kembali pada bulan lepas dan mereka telah mengalami pertengkaran yang berlarutan.
“Jikalau penduduk melaporkan rungutan mereka kepada pegawai keselamatan dan bukannya mengambil undang-undang di tangan sendiri. Isu ini boleh diselesaikan secara baik,” tambah Nyawade.
Komander Polis Daerah Teluk Homa, Samson Kinne menyatakan wanita itu dalam tahanan pihak berkuasa dan beliau menggesa penduduk untuk mendapatkan nasihat daripada ketua agama dan orang tua apabila berhadapan dengan isu rumah tangga dan bukannya melalui pergaduhan fizikal bagi menyelesaikan masalah. – Agensi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan Sabah sah tumbang, BN umum tarik diri
- Isu saham Menara KL: SPRM tahan 2 orang Datuk bertindak sebagai ‘orang tengah’ bagi pihak ‘atasan’
- Inspektor suruh gadis mangsa rogol kangkang dan merogol semula mangsa
- Kabinet bincang stabilkan harga BABI
- PAU UMNO: Tiada usul lain, hanya Usul Presiden – SUA
- Jurulatih tampar pemain: Iurulatih dari Iran terkejut dengan reaksi pemain
- Lelaki sedang berehat terkejut melihat Ular Tedung Selar melingkar di bawah sofanya
- Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
- Zahid maafkan 10 pemimpin UMNO, MCA dan MIC, mahu semua ‘move on’
- Penceroboh Menara Merdeka 118 dedahkan kenapa menara ikonik Malaysia jadi pilihan
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]
Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat