Sukarelawan APM maut rempuh MPV

Sukarelawan APM maut rempuh MPV

Sukarelawan APM maut rempuh MPV
Gambar hiasan

MELAKA: Seorang sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Lebuh Ayer Keroh berdekatan Penjara Dusun Dato’ Murad hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian berlaku pada 12.45 tengah hari, dan mangsa Akmal Aniq Mohamed Ariff, 22, disahkan meninggal dunia pada 3.40 petang di Hospital Melaka akibat kecederaan dalaman.

“Kemalangan berlaku apabila lelaki berusia 41 tahun yang memandu Toyota Innova dari arah Ayer Keroh ke lampu isyarat Muzaffar Shah dilanggar mangsa dari arah belakang di lorong susur jalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Sukarelawan APM maut rempuh MPV

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker