Menteri ‘ekstremis’ Israel buat provokasi ceroboh Masjid Al Qasa

BAITULMAQDIS – Menteri ‘ekstremis’ Israel, Itamar Ben-Gvir pada Selasa melakukan tindakan provokasi dengan menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa (Haram al-Sharif) buat pertama kali sejak menyertai kerajaan gabungan baharu.

“Kerajaan kami tidak akan sesekali menyerah kepada ancaman Hamas,” katanya dengan angkuh sebagai respons terhadap amaran diberikan gerakan tersebut yang menyifatkan ia sebagai perbuatan melangkaui ‘garisan merah’.

Pencerobohan itu dibuat beberapa hari selepas Ben-Gvir dilantik sebagai Menteri Keselamatan Negara yang memberikan kuasa lebih meluas untuk mengawal pasukan polis.

“Kuil Gunung adalah tempat paling penting buat penduduk Israel dan kami mengekalkan kebebasan bergerak untuk orang Muslim dan Kristian. Penduduk Yahudi juga mempunyai hak,” ujarnya merujuk kepada Haram al-Sharif dalam satu kenyataan yang dijangka membangkitkan lagi kemarahan orang Islam.

Sebelum ini, Ben-Gvir telah melobi untuk merombak pengurusan lokasi itu yang ditadbir oleh Majlis Hal Ehwal Islam Waqf bagi membenarkan golongan Yahudi beribadat di situ, namun langkah itu ditentang pihak berkuasa rabai arus perdana.

Menurut pengawal Waqf, Ben-Gvir diiringi pasukan rejim Zionis bersama sebuah dron yang berlegar-legar di ruang udara tempat ketiga paling suci bagi orang Islam tersebut.

Kementerian Luar Palestin turut mengecam tindakan provokatif yang berpotensi mencetuskan konflik seperti Intifada Kedua yang berpunca daripada lawatan kontroversi, Ariel Sharon pada tahun 2000. – AFP

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]

InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof

Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker