Tampar seperti ‘mengejutkan orang dari tidur’ untuk naikkan semangat – Bapa mangsa

Tangkap layar kejadian dua murid sekolah ditampar oleh individu dipercayai jurulatih pasukan bola tampar baru-baru ini.

PETALING JAYA: Bapa kepada salah seorang pelajar yang ditampar jurulatih dalam kejohanan bola tampar di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini memaafkan perbuatan lelaki itu dan berharap dia tidak dikenakan sebarang tindakan.

Meskipun kejadian itu mendapat perhatian warganet yang mengecamnya, namun beliau menganggap tindakan itu tidak keterlaluan dan tidak meninggalkan sebarang kesan psikologi ke atas anaknya.

Sebaliknya, beliau melihat kelakuan jurulatih itu sebagai pembakar semangat untuk anaknya beraksi lebih baik dalam perlawanan itu dan tindakannya bukan bertujuan mencederakannya.

“Sehubungan itu, saya mohon Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mengambil tindakan, memandangkan kami telah memaafkan guru sukan (jurulatih) itu.

“Untuk warganet pula, kami minta hentikan semua kecaman kerana saya pun tidak anggap ia serius dan tiada kecederaan,” katanya ketika ditemui di Kampung Melekek, Alor Gajah.

Beliau juga tidak menyangka kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava) yang bertindak menggantung jurulatih berkenaan.

Beliau memaklumkan keluarganya mengenali lelaki itu lebih lima tahun dan berharap dia dikekalkan berdasarkan kemampuan serta dedikasi jurulatih berkenaan dalam melatih pasukan anaknya.

“Kami harap pihak terlibat memberi peluang kepadanya dengan mengambil kira jasa dan bakti yang dicurahkannya dalam sukan bola tampar. Saya percaya tindakannya tidak lebih seperti ‘mengejutkan orang dari tidur’ untuk naikkan semangat,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan status jurulatih itu yang digantung sementara oleh Mava, akan ditentukan esok selepas siasatan lanjut dilakukan.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan, VP Shanmugam berkata, hal itu perlu memandangkan jurulatih yang dilantik untuk membawa pasukan itu di bawah kuasa Persatuan Bola Tampar Melaka.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]

InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof

Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker