Kerajaan digesa sekat Pelancong China

Kerajaan digesa menyekat kemasukan pelancong China buat sementara waktu berikutan lonjakan kes Covid-19 di negara itu.

Ketuanya, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal berkata kerajaan perlu memantau perkembangan Covid-19 yang amat teruk di China seperti yang dilaporkan media-media antarabangsa.

“Tindakan tangkas dan tegas perlu segera diambil bagi mengelak penularan yang berlaku diluar jangka seperti mana yang telah berlaku pada 2020 yang lalu khususnya melibatkan pergerakan keluar-masuk manusia di semua pintu masuk sempadan negara.



“Pihak kerajaan mesti menghalang kemasukan pelancong dari China buat sementara waktu sehinggalah kes harian di China menurun,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Fahysal berkata gesaan itu juga selari dengan gesaan Presiden Persatuan Pelancongan Malaysia, En Uzaidi Udanis bahawa Malaysia mesti mengambil pengajaran daripada gelombang pertama dan kedua Covid-19 yang meranapkan industri pelancongan negara.

“Kerajaan Malaysia wajib mengambil pengajaran daripada kesilapan kerajaan Pakatan Harapan pada Febuari 2020 yang lambat menyekat kemasukan pelancong daripada negara berisiko.

“Kesilapan kerajaan pada ketika itu mengakibatkan kematian ribuan rakyat dan kemusnahan ekonomi yang sampai sekarang masih belum pulih.



“Armada mahu kepentingan rakyat diutamakan berbanding hal-hal lain dalam soal ancaman Covid-19 yang terbaru kini,” katanya.

Sebelum ini PAS turut meminta kerajaan agar menangguhkan kemasukan pelancong dari China buat sementara waktu, seperti yang dilakukan oleh beberapa negara lain.

Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin mengingatkan kerajaan supaya waspada dengan penularan varian baru virus tersebut, memandangkan republik itu membenarkan rakyatnya mengembara dengan kes bilangan yang sedang melonjak.

Semalam Kementerian Kesihatan memaklumkan dua varian Covid-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada varian yang menular di China ketika ini telah dikesan di Malaysia.



Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah berkata setakat 31 Dis lepas, terdapat sejumlah 4,148 kes di negara ini yang dijangkiti varian BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7.

Bagaimanapun, dia berkata belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan kedua-dua varian.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]



InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof

Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker