Bungkusan misteri dikirim kepada selebriti AS berisi kepala budak

Kepala tersebut dibungkus di dalam kotak bersama topeng Spider-Man. – Daily Star

BUENOS AIRES – Sebuah bungkusan misteri berisi kotak mengandungi kepala budak lelaki ditemui ketika pemeriksaan rutin bungkusan oleh kastam Argentina dengan ia dialamatkan kepada seorang selebriti di Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Daily Star semalam.

Ketika diimbas semasa transit di Monte Grande, Buenos Aires, pihak berkuasa mengesan terdapat tulang manusia di dalam bungkusan tersebut.

Selepas dibuka, mereka menemui topeng Spider-Man di samping kepala budak lelaki yang dibalut kemas menggunakan kain kasa.

Mayat budak lelaki tersebut dianggarkan berusia antara sembilan hingga 12 tahun dan mungkin telah lama mati sehingga membolehkan mayatnya menjadi mumia.



Syarikat pos, Correo Argentino melaporkan kepala itu dipenggal dengan ‘sempurna’ dengan sisa rambut berwarna merah masih kelihatan.

Kotak itu difahamkan dialamatkan kepada seorang selebriti wanita di AS yang dikenali kerana mengambil bahagian dalam beberapa program realiti televisyen.

Pengirim kotak tersebut juga dikatakan menggunakan identiti palsu.

Pihak berkuasa Argentina kini sedang menyiasat sama ada selebriti berkenaan meminta bungkusan itu dihantar atau ia dikirim tanpa pengetahuannya.



Kepala tersebut pula telah dihantar ke Jabatan Jenayah Fiskal Argentina berikutan campur tangan daripada Mahkamah Jenayah Ekonomi Negara.

Pasukan Antropologi Forensik Argentina dilaporkan telah menjalankan kajian radiologi terhadap penemuan itu bagi mendedahkan asal-usulnya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]



InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof

Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker