Asnaf pengotor dan tidak bertanggungjawab, LZS kesal rumah sewa tinggalkan kotor dan rosak

Keadaan rumah sewa yang ditinggalkan seorang asnaf dalam keadaan kotor dan rosak di Tanjong Karang.

KUALA SELANGOR – Lembaga Zakat Selangor (LZS) kesal dengan tindakan seorang asnaf didapati meninggalkan sebuah rumah sewa di sekitar Tanjong Karang di sini, dalam keadaan yang amat kotor dan rosak.

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat LZS, Datin Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, pihaknya terkesan dengan perkara itu yang tular di media sosial, baru-baru ini.

“Tindakan seumpama itu dianggap menganiaya pemilik rumah sewa itu yang turut memberi kesan kepada asnaf lain sukar untuk menyewa pada masa depan.

“Justeru, LZS mengingatkan semua asnaf yang menerima bantuan itu supaya amanah dan bertanggungjawab menjaga rumah sewa dihuni mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Jelas beliau, pihaknya menyarankan pemilik rumah itu membuat aduan rasmi kepada LZS bagi menghentikan bantuan sewa rumah itu berikutan penyewa tidak lagi menetap di situ.

Dalam pada itu, Norajun Ainun berkata, lebih 16,000 keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di Selangor menerima bantuan sewa rumah dari LZS.

“Bantuan bulanan itu disalurkan terus kepada akaun pemilik rumah sewa bagi menyantuni keperluan asas keluarga asnaf di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, tular di laman Facebook memaparkan beberapa gambar sebuah rumah dalam keadan kotor dipercayai daripada penyewa LZS.



Hantaran itu kemudian mendapat kecaman daripada ramai pihak berikutan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan penyewa terbabit.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]

InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof



Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker