Kerajaan umum kadar tol di Lebuhraya LEKAS dan BESRAYA turun

Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Kerja Raya mengumumkan kadar tol untuk Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) diturunkan berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penurunan tersebut dipersetujui dan disokong syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian kumpulan IJM Corporation Berhad

Beliau berkata, penurunan kadar tol itu juga adalah sebahagian daripada persetujuan penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua-dua lebuh raya tersebut oleh kerajaan.



“Penurunan kadar tol adalah sebanyak RM0.15 bagi kenderaan kelas satu yang melalui plaza tol Loke Yew dan Mines (arah Utara dan Selatan) lebuh raya Besraya.

“Kadar tol kenderaan kelas satu pula dikurangkan daripada 0.1811 sen/KM kepada 0.1666 sen/KM bagi lebuhraya Lekas, bagi sistem tol bertutup dan kadar tol kekal seperti sedia ada untuk sistem tol terbuka iaitu di plaza tol Ampangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Alexander Nanta berkata, kadar tol dikutip pada masa ini adalah sebanyak RM2 sehala bagi kenderaan kelas satu yang melalui mana-mana plaza told di Besraya dan mereka yang menggunakan keseluruhan Lekas perlu membayar RM8.30.

“Melalui penurunan kadar tol mulai 1 Januari 2023, kenderaan kelas satu yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya Besraya akan membayar RM1.85 sehala, manakala bagi pengguna yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya Lekas membayar RM7.80 sehala,” jelasnya.



Tambahnya, melalui penyusunan struktur semula, kerajaan dapat menjimatkan peruntukan bayaran pampasan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM1.978 bilion sepanjang tempoh sepanjang tempoh konsesi kedua-dua lebuh raya berkenaan.

“Peruntukan ini boleh disalurkan kepada keperluan asas lain rakyat Malaysia. Cadangan penurunan kadar tol bagi kedua-dua lebuh raya ini juga adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat yang berdepan dengan masalah kenaikan kos sara hidup ketika ini.

“Selain daripada itu, kerajaan sedang mengambil langkah-langkah berterusan untuk mengurangkan beban pengguna lebuh raya tanpa mengabaikan sebarang obligasi yang dipersetujui dengan memastikan kepentingan semua pihak terutamanya pengguna lebuhraya sentiasa dilindungi,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker