UMNO perlu ‘nafas baharu’ untuk kekal releven

 

Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, bukan sahaja ahli-ahli UMNO, malah rakyat sendiri akan meninggalkan parti jika gagal membawa nafas baharu setelah kekalahan besar ketika pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

UMNO bakal berdepan kegagalan lebih te­ruk Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) berbanding PRU15 sekiranya masih mengekalkan muka-muka lama untuk memimpin parti itu.



Hal ini kerana UMNO sekali lagi tewas yang lebih teruk pada PRU15 apabila hanya memena­ngi 27 kerusi berbanding 41 kerusi pada PRU14.

Beliau mengingatkan pemimpin UMNO yang kalah pada PRU15 tidak bertanding dalam pemilihan parti akan datang dan memberi laluan kepada pelapis baharu.

“Seperti parti lain, mereka sentiasa menonjolkan muka-muka baharu yang sekali gus membawa agenda peremajaan dan nafas lebih segar, sebab itulah mereka diterima rakyat dan akhirnya meraih kemenangan.

“Sebaliknya bagi UMNO ia tidak berlaku, jika parti masih kekalkan pemimpin sama khususnya dalam kalangan mereka kalah PRU, ahli sendiri dan rakyat akan tinggalkan wadah perjuangan ini,” katanya.



Sebelum ini, seorang lagi ve­teran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad memberitahu, UMNO perlu membuka jawatan presiden dan timbalan presiden serta semua jawatan lain untuk dipertan­dingkan dalam pemilihan parti tahun depan sebagai satu respons kepada ‘kekalahan’ Barisan Nasional (BN) dalam PRU15.

Kata Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu, tidak ada sebab untuk UMNO menyekat pemilihan terhadap jawatan tertinggi parti kerana ia bertujuan memilih pemimpin dan ia adalah sihat untuk parti.

Dalam pada itu, Muhammad menjelaskan, UMNO perlu berubah bukan sahaja daripada lapisan tampuk kepimpinan tetapi juga pembawaan agar kembali diterima rakyat.

“Peremajaan ini bermaksud membawa pemimpin baharu dan menonjolkan idea-idea yang lebih segar dan sesuai dengan keadaan sekarang.



“Ini perlu dilakukan UMNO jika mahu dilihat relevan di pandangan mata rakyat,” katanya.

Mengulas kewajaran jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan, Muhammad berkata, terserah parti untuk menentukan perkara tersebut.

Namun beliau menjelaskan secara tradisinya, penyandang akan mempertahankan kedudukan masing-masing dalam pemilihan parti.

“Malah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, menjelaskan terserah kepada parti berhubung pertandingan Presiden parti,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker