Kedah berjaya dapatkan Lee Tuck untuk beraksi musim depan

PETALING JAYA: Destinasi baharu pemain naturalisasi negara, Lee Tuck akhirnya terjawab apabila dia diperkenalkan sebagai pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) musim depan.

Kehadiran pemain kelahiran England itu akan memperkuatkan bahagian tengah skuad Sang Kenari memandangkan Tuck tidak asing lagi dengan pengendali Kedah, Nafuzi Zain kerana kedua-duanya pernah bekerjasama di Terengganu FC dari 2018 hingga 2020.

Kedah semalam mengumumkan, Lee Tuck, 34, mengikat kontrak setahun sekali gus melengkapkan senarai pemain tempatan pilihan Nafuzi.



“Selamat datang Lee Tuck ke bumi Jelapang Padi. Pemain yang diikat selama setahun bersama skuad Sang Kenari ini bakal mengisi slot kuota pemain tempatan terakhir pasukan KDA FC musim 2023.

“Lee Tuck bukan nama asing apabila mula menempa nama di Liga Malaysia sejak musim 2017 bersama Negeri Sembilan FC seterusnya bersama Terengganu FC yang menjadi kemuncak prestasinya sebagai pemain import.

“Kehadiran Lee Tuck sudah pasti memperkukuhkan bahagian tengah Sang Kenari musim depan dan nombor 10 menjadi pilihan beliau pada musim 2023 nanti,” tulis Kedah dalam satu kenyataan.

Dilahirkan di Halifax, England, Lee Tuck antara dua pemain yang baru mendapat status naturalisasi untuk menggalas cabaran Malaysia pada Piala AFF bersama Sergio Aguero.



“Musim lalu beliau mewakili pasukan Sri Pahang FC dan mula beraksi sebagai pemain tempatan dalam saingan Piala Malaysia 2022.

“Walaupun sebelum ini mengisi slot kuota import, Lee Tuck akhirnya mendapat kerakyatan secara naturalisasi pada Jun lalu dan baru-baru ini beliau disenaraikan sebagai pemain Harimau Malaya untuk Piala AFF 2022,” kata Kedah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest



Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker