2 lelaki Myanmar pecah masuk kedai pakaian berjaya diberkas Polis

Polis menahan dua lelaki warga Myanmar yang disyaki memecah masuk sebuah kedai pakaian di Pandan Indah di sini tiga hari lepas, melibatkan kerugian kira-kira RM10,000.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-dua suspek berusia 20 dan 22 tahun ditahan dalam operasi berasingan di sekitar Pandan Indah pada hari Jumaat dan semalam.

“Dalam kejadian Jumaat lepas pekerja kedai berkenaan mendapati pintu masuk di tingkat satu kedai telah terbuka manakala mangga pada pintu masuk telah dipotong, dan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup kedai mendapati dua lelaki asing telah memecah masuk kedai sebelum melarikan pelbagai barangan.



“Pengadu (pemilik kedai) menganggarkan kerugian RM10,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan membawa kepada penangkapan dua suspek perkenaan pada pukul 11.40 pagi Jumaat serta 1.20 pagi semalam, dan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine.

“Polis turut merampas beberapa barang seperti komputer riba, peti simpanan duit, alatan dipercayai bagi memecah masuk rumah, pelbagai telefon bimbit dan jam tangan berjenama daripada suspek, yang disyaki dicuri,” katanya.

Menurut Mohamad Farouk kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan pecah rumah/premis bagi tujuan mencuri.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker