Wanita berjubah rompak kedai emas di Melaka kerana ‘mengidam’

EORANG wanita cuba merompak barang kemas di sebuah kedai emas yang beroperasi di pusat beli-belah di Ayer Keroh, Melaka.

Suspek wanita berjubah yang cuba merompak sebuah kedai emas beroperasi di pusat beli-belah di Ayer Keroh di sini dalam kejadian Selasa lalu, berjaya diberkas polis kelmarin.

Tangkapan dibuat kira-kira pukul 5 petang di sebuah rumah di Kampung Kuala Linggi, Masjid Tanah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika soal siasat dilakukan, ibu kepada tiga orang anak itu mendakwa, dia berbuat demikian disebabkan perasaan mengidam untuk mencuba melakukan sesuatu yang ekstrem, berikutan kini sedang hamil enam bulan.

Beliau berkata, turut dirampas bersama suspek berusia 35 tahun itu adalah sebilah pisau berukuran 13 sentimeter yang dipercayai digunakan ketika kejadian.



“Suspek mendakwa dia sedang mengandung anak keempat, dan berbuat demikian akibat didorong perasaan mengidam untuk melakukan perbuatan ekstrem. Suspek bekerja sebagai pegawai sumber manusia di sebuah syarikat swasta di Melaka.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 393 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan iaitu cubaan merompak menggunakan senjata. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda. Suspek telah direman selama empat hari sehingga Selasa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khamis lalu, Utusan Malaysia melaporkan, polis sedang giat mengesan seorang wanita yang juga suspek cubaan merompak sebuah kedai emas yang beroperasi di pusat beli-belah di Ayer Keroh.

Suspek yang berpakaian jubah serta memakai pelitup muka telah ke kedai emas berkenaan dan berpura-pura ingin membeli barangan kemas, sebelum bertindak mengacukan sebilah pisau kepada pekerja yang melayaninya.



Semasa kejadian, suspek turut mengarahkan mangsa supaya memasukkan barang kemas ke dalam beg galasnya, namun tidak berjaya kerana rakan sekerja mangsa bertindak pantas menariknya sebaik sahaja menyedari insiden itu. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker