Dua lelaki maut, motosikal dinaiki rempuh lori di lorong kecemasan

KEADAAN lokasi kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah motosikal dalam kejadian di Kilometer 279.6, Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Nilai, Seremban malam tadi.-GAMBAR/IHSAN POLIS.

SEREMBAN: Dua lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan dalam kejadian di Kilometer 279.6, Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Nilai di sini malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, nahas berlaku kira-kira pukul 11.30 malam melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori.

Menurut beliau lagi, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori dipandu seorang lelaki berumur awal 60-an dari arah Senawang di sini menuju ke Puchong, Selangor.

“Sampai di tempat kejadian, lori telah mengalami kerosakan tayar pecah di bahagian kanan belakang dan telah berhenti di lorong kecemasan dengan memasang tanda amaran segitiga.



“Ketika berada di lorong kecemasan itu, sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua lelaki berusia 18 tahun telah melanggar bahagian belakang kanan lori tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir menambah, akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederan.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sehubungan itu, pihak polis memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Inspektor Siti Syarah di talian 014-5144741



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker