Ada suami tidak izin isteri hamil suntik vaksin

Ada suami tidak izin isteri hamil suntik vaksin Covid-19, kata Zulkifli

Ada kalangan suami tidak membenarkan isteri mereka yang hamil menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli berkata, pihaknya menerima beberapa aduan berhubung perkara itu, dalam pada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam memaklumkan mengenai peningkatan jangkitan Covid-19 melibatkan wanita hamil.



“Ingin saya jelaskan bahawa vaksin Covid-19 adalah selamat. Adalah menjadi hak setiap wanita untuk mendapatkan ikhtiar perlindungan melalui program vaksinasi yang disediakan oleh kerajaan,” katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Katanya, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada Khamis bersetuju bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

“Sebagaimana yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, adalah amat penting pengambilan vaksin Covid-19 bagi ibu hamil dengan mengikut nasihat pegawai perubatan bagi mengurangkan risiko komplikasi sekiranya dijangkiti Covid-19.

“Berbincanglah dengan baik dan saya pasti ramai pakar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sudi membantu untuk meleraikan pertanyaan dan kekeliruan berkenaan vaksin Covid-19,” katanya.



Noor Hisham semalam berkata, 70 wanita hamil maut akibat komplikasi Covid-19. FMT

Ada suami tidak izin isteri hamil suntik vaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker