Cara Pindah Wang Ke Akaun Tabung Haji Tanpa Kena Caj RM1.00

Cara Pindah Wang Ke Akaun Tabung Haji Tanpa Kena Caj RM1.00

Biasanya jika membuat transaksi ke akaun tabung haji daripada akaun bank, anda akan dikenakan caj sebanyak RM1.00 untuk setiap transaksi. Untuk mengelakkan anda dicaj RM1.00 untuk setiap transaksi berjaya, anda boleh cuba membuat bayaran menggunakan JomPAY atau aplikasi THiJARI. Tak tahu macam mana? Ikuti langkah di bawah, senang sahaja!

CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN TABUNG HAJI TANPA KENA CAJ RM1



Kalau sebelum ni guna online banking nak transfer ke akaun Tabung Haji, ada caj RM1 pada setiap transaksi. Saya ada akaun sendiri, akaun isteri dan akaun 5 orang anak. Setiap kali transfer ni saya bayar RM7 tanpa sedar.

Bukanlah berkira RM7 tetapi kalau ada cara nak buat online transfer secara percuma, buat apa bayar? Petang ini saya call Tabung Haji melalui 0362071919 dan saya beritahu staf Tabung Haji saya cuba-cuba buat cara guna JomPAY tu. Ikuti langkah di bawah.

1. Log masuk ke online banking kita (perbankan internet)

2. Pilih JomPAY



3. Isi maklumat transaksi

*Biller Code – 60228

*Biller Code Name – “Tabung Haji-Deposit”

*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)



*Ref-2 – (Kosongkan)

*Amaun (RM) – (Isikan nilai)

4. Teruskan hingga selesai

Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan, atau sebaliknya duit akan dikembalikan. Duit akan masuk ke akaun Tabung Haji kita dalam masa beberapa jam, staf Tabung Haji beritahu lebih kurang 1 hari bekerja. Bukan masuk terus. Cara ini percuma dan tiada caj langsung tapi risau pula apabila baki tu lambat update.



Selain menggunakan cara JomPAY, boleh juga menggunakan aplikasi THiJARI kerana tiada caj masuk dan duit juga terus masuk tanpa perlu menunggu.

Gunakan fungsi ‘Pindahan’ atau ‘Fund Transfer’ dalam aplikasi THiJARI sama ada di smartphone atau di website. Yang ini saya share pada gambar step by step ye.

1. Log masuk ke THiJARI. Jika belum ada akaun, sila daftar/register new user.



2. Pilih ‘Menu’ > ‘Fund Transfer’ atau ‘Pindahan’

3. Pilih ‘Transfer Bank to TH Account’ > Pilih akaun yang kita nak depositkan duit.
Di sini ada akaun saya sendiri, dan anak-anak.



4. Masukkan butiran seperti jumlah dan seumpamanya. Terus pilih Bank mana yang kita nak gunakan, kita akan dibawa ke online banking bank kita sepertimana bank pilihan kita.

5. Teruskan transaksi hingga menerima notifikasi ‘Transfer Successful’. Selesai.

Duit akan terus masuk ke akaun Tabung Haji kita secara automatik. Tak perlu tunggu apa-apa. Check terus di bahagian akaun Tabung Haji tu, terus dapat lihat pertambahan simpanan di situ.

Tiada caj tambahan atau caj tersembunyi. Alhamdulillah sangat best. Moga bermanfaat.
Sumber: Facebook Syahr Musafir

Cara Pindah Wang Ke Akaun Tabung Haji Tanpa Kena Caj RM1.00


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker