Piala Dunia 2022 julang nama Bounou

Piala Dunia 2022 julang nama Bounou

DOHA: Kesabaran banyak memberi pengajaran buat Yassine Bounou dalam kariernya dan daripada itu, dia tampak berhak untuk berada di pentas besar seperti Piala Dunia.

Keringatnya tidak digunakan dalam skuad Piala Negara-Negara Afrika 2017 dan Piala Dunia Russia 2018, namun nama Bounou ataupun ‘Bono’ seperti tertera di jersinya, memainkan peranan penting buat Maghribi di Qatar.



Dengan 14 pemain yang dilahirkan di luar negara berada dalam skuad, ia sentiasa menjadi tanda tanya mengenai perpaduan dalam pasukan Maghribi – namun mereka berjaya menunjukkan contoh terbaik terutama di bahagian pertahanan, yang hanya sekali dibolosi daripada lima perlawanan di Qatar.

Bounou berjaya mengekang naib juara edisi 2018, Croatia pada perlawanan pembukaan tetapi ‘hilang’ sebelum sepak mula ketika pasukan meraih kemenangan 2-0 ke atas Belgium – hanya berada bersama pasukan ketika nyanyian lagu kebangsaan mereka dimainkan.

Dia digantikan Munir El Kajoui dan selepas itu pengendali pasukan, Walid Regragui menjelaskan ‘misteri’ berkenaan dengan menyatakan Bounou kurang sihat selepas perlawanan dengan Croatia.

Begitupun, penjaga gol berusia 31 tahun itu jelas berada di tahap konsisten apabila kembali dalam perlawanan menentang Kanada – negara kelahirannya. Meskipun Nayef Aguerd menjaringkan gol sendiri, kemenangan 2-1 diraih Maghribi membenarkan pasukan muncul sebagai juara Kumpulan F.



“Apabila kamu menjadi sebahagian daripada cerita, kamu tidak dapat menyerap apa yang berlaku dengan cepat. Semuanya berlangsung dengan baik, kami akan kekal fokus. Kami gembira dengan apa yang dilakukan sekarang ini. Namun setiap detik, kami sentiasa waspada,” kata Bounou.

Dilahirkan di Montreal, Bounou dan keluarganya pulang ke Maghribi ketika dia berusia tujuh tahun. Dia kemudian menyertai akademi Wydad Casablanca dan berada dalam pasukan utama pada usia 19 tahun dengan kemunculan pertamanya ketika Liga Juara-Juara CAF 2011.

Dia mengikat kontrak bersama Atletico Madrid pada tahun berikutnya, dan berada di bangku simpanan selama dua musim sebelum dipinjamkan ke Real Zaragoza.

Peluang nyata terhad untuknya di Atletico dan dia kemudian berpindah menyertai Girona pada tahun 2016 sebelum membantu kelab diangkat ke liga utama Sepanyol.



Herve Renard menyenaraikan Munir sebagai penjaga gol nombor satu di Piala Dunia 2018, kempen yang menyaksikan mereka ‘tersangkut’ di peringkat kumpulan dan Bounou sejak daripada itu dipilih untuk menyarung jersi nombor satu.

“Apabila kamu mempunyai penjaga gol terbaik di dunia, ia memberikan kamu keyakinan dan Yassine memberikannya kepada kami,” kata Regragui selepas pasukannya menyingkirkan Portugal.

Maghribi kini mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari Afrika berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia dan mereka nyata mahu menunjukkan kemampuan ketika pertembungan dengan Perancis, awal pagi Khamis ini. BH

Piala Dunia 2022 julang nama Bounou




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker