2 rentung dalam pondok pengawal

2 rentung dalam pondok pengawal

Dua ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah pondok pengawal keselamatan, di Taman bayam Indah, Kulim, malam tadi.

Difahamkan, mayat lelaki dan wanita itu ditemukan dalam kontena yang dijadikan sebagai pondok pengawal keselamatan di kawasan perumahan itu.



Menurut jurucakap bomba, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu pada 10.56 malam, sebelum anggota bergegas ke lokasi.

“Ketika memadam kebakaran anggota bomba mendapati terdapat dua mangsa rentung dalam kontena terbabit.

“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada dalam kontena dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Berita Harian.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan dan bedah siasat sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian. FMT



2 rentung dalam pondok pengawal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker