Khairy belum sah bertanding lawan Zahid

Khairy belum sah bertanding lawan Zahid

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, belum mengesahkan sama ada akan sekali lagi melawan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada pemilihan parti yang dijangka berlangsung tahun depan.

“Let’s see (kita lihat nanti),” jawabnya ringkas apabila ditanya wartawan adakah beliau akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu nanti.



Sebelum itu, Khairy, yang juga bekas Menteri Kesihatan hanya tergelak apabila diajukan soalan berkenaan.

Ketika kempen pilihan raya di Parlimen Sungai Buloh bulan lalu, Khairy dilaporkan menyatakan hasrat untuk menawarkan diri menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri satu masa nanti.

Bagaimanapun, ketika itu beliau tidak menyatakan bila akan bertanding jawatan dalam parti.

Ketika berucap pada Majlis Silaturahim bersama Pertubuhan Amal Kebajikan Agama dan Masyarakat (PERAKAM) di Kelab Rahman Putra, pada 11 November lalu, Khairy secara terbuka mengakui tidak menggemari segelintir pemimpin UMNO dan mahu ‘membersihkan’ parti itu, jika berjaya menawan Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



BH sebelum ini melaporkan, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, yang akan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember ini tidak membabitkan pemilihan parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, dilaporkan berkata, pemilihan parti akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU) seperti ditetapkan dalam pindaan Perlembagaan UMNO. BH

Khairy belum sah bertanding lawan Zahid


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah



Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker