Saya cedera, bukan tenat – Enot

Saya cedera, bukan tenat – Enot

Pelakon dan pelawak, Enot, 44, menyangkal dakwaan dirinya tenat selepas terjatuh di bilik air di kediamannya, Isnin lalu.

Enot atau nama sebenar, Aliza Abdullah memberitahu dia masih mampu bercakap dengan hanya bahagian bawah badan serta tulang belakang terjejas.

“Saya harap sebelum apa-apa, pastikan kesahihan berita. Saya tidak suka apabila orang kata saya kritikal sedangkan yang terjejas hanyalah bahagian pinggang ke bawah.



“Saya mengalami cedera pada lutut di mana tempurung saya retak dan tulang belakang pula bermasalah kerana terkena saraf dan berkemungkinan perlu dibedah.

“Tetapi doktor buat masa ini meminta saya pantau dahulu keadaan.

“Jika dalam tempoh lima hari lagi saya kebas-kebas barulah doktor periksa dan tentukan sama ada perlu dibedah atau tidak,” katanya.

Pelakon drama Mat Despatch ini berkata, sudah antara lima hingga enam kali dia terjatuh dalam bilik air, namun, tidak cedera teruk, melainkan insiden terbaharu ini.



Namun, Enot menganggap insiden itu sebagai ‘hadiah’ hari jadinya yang kebetulan jatuh pada 3 Disember lalu.

“Saya dimasukkan ke hospital tetapi keesokannya, saya merayu keluar kerana tidak tahan duduk lama di sana.

“Saya bimbang jika lama di hospital, saya terkena serangan panik. Itu pun saya hampir menjerit.

“Sebelum ini, ketika menghidap kanser usus, sama juga, saya tidak tahan ditempatkan di pusat rawatan terlalu lama,” katanya.



Sementara itu, mengenai rayuan bantuan yang dilayangkan kepada teman artis secara peribadi, namun, tular dalam media sosial, Enot tidak menyangka perkara itu terjadi.

“Saya sebenarnya malu untuk meminta kerana bimbang dikatakan cuba mengambil kesempatan dan dipandang serong masyarakat.

“Namun, saya tiada pilihan kerana tidak boleh bekerja untuk tempoh tiga bulan.

“Saya terpaksa membatalkan tawaran lakonan dengan keadaan begini.

“Saya harap tidak ada pihak yang salah anggap dan menuduh saya meminta-minta,” katanya yang menjual sambal dan biskut bagi mencari pendapatan tambahan.

Ketika ini, Enot baru 20 hari berpindah ke Melaka untuk beralih angin dan mencari peluang memulakan perniagaan di tempat baharu. BH

Saya cedera, bukan tenat – Enot


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker