Tiada ‘Lockdown’ Pada Hari Raya Aidilfitri – PM

Tiada ‘Lockdown’ Pada Hari Raya Aidilfitri – PM

Kerajaan sekali lagi memberi jaminan untuk tidak melaksanakan sebarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sekatan rentas daerah serta negeri dalam usaha mengawal penularan COVID-19, termasuk pada Aidilfitri nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaliknya kerajaan hanya akan melaksanakan sekatan secara bersasar bergantung kepada jumlah jangkitan di setiap kawasan.

“Begitu juga dengan pergerakan merentas negeri kerana kita tidak akan menyekat lagi pergerakan, cuma pintu sempadan negara sahaja belum dibuka lagi disebabkan kes yang tinggi di luar negara.

“Sesetengah negara juga masih menutup pintu sempadan mereka, tetapi dalam negara kerajaan sudah benarkan sepenuhnya untuk merentas termasuk balik raya (Aidilfitri) nanti. Cuma kita sendiri kena tahu mengawal supaya kes tidak terus merebak,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, sekiranya PKP sekali lagi dilaksanakan rakyat hanya akan menerima impak negatif selain sektor ekonomi dan pelancongan akan terjejas teruk atau gulung tikar.

“Kita tidak lagi mahu menjejaskan ekonomi negara meskipun semua menyedari kita terpaksa hidup dengan virus COVID-19 ini.

“Namun saya tidak akan menyekat pergerakan rakyat untuk rentas daerah atau negeri yang mana sebagai contoh, jika jangkitan kes di Kampung Rawang, di Tangkak ini mencatatkan kes tinggi, sekatan hanya akan dilakukan di kawasan kampung dan bukan keseluruhan daerah Tangkak,” jelasnya.-AA

Tiada ‘Lockdown’ Pada Hari Raya Aidilfitri – PM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker