Waspada buaya di pantai Tanjung Lipat, Sabah

Waspada buaya di pantai Tanjung Lipat, Sabah

Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah meminta orang ramai lebih berhati-hati ketika mengunjungi pantai Tanjung Lipat, di sini kerana buaya dilaporkan dikesan di kawasan berkenaan.

Pengarahnya, Augustine Tuuga mengesahkan video tular menunjukkan kehadiran seekor buaya di perairan pantai itu benar dan pihaknya giat mengesan serta memburu reptilia terbabit.

Beliau berkata, pemantauan sudah dijalankan di kawasan berkenaan, namun buaya itu gagal dikesan sehingga kini.

“Sekiranya buaya itu ditemui ketika pemantauan dilakukan, kakitangan JHL akan menembak buaya berkenaan, namun ketika tinjauan dijalankan semalam, tiada buaya dikesan.

“Sehubungan itu, orang awam diminta berhati-hati bila berada di tepi air dan kalau boleh elakkan sebarang aktiviti di laut atau pantai kawasan berhampiran sehingga buaya itu ditembak,” katanya ketika dihubungi.

Pantai Tanjung Lipat merupakan lokasi tumpuan pengunjung beriadah dan berkelah, khususnya hujung minggu.

Dalam perkembangan lain, Augustine menafikan satu video menunjukkan kehadiran seekor buaya menyusuri perairan sebuah jeti yang dikatakan berlaku di Kota Kinabalu.

Katanya, JHL telah menjalankan pemantauan di Jeti Pasar Besar Kota Kinabalu, Jeti Taman-taman Sabah, Jeti Jesselton Point, Pelabuhan Kota Kinabalu dan Pelabuhan Kastam, sejurus video itu tular di media sosial.

“Hasil temuramah dengan orang yang berada di kawasan itu mendapati mereka tidak pernah melihat buaya di kawasan jeti atau pelabuhan berkenaan.

“Struktur pelabuhan juga tidak sama dengan video tular, malah mereka mengatakan video buaya di kawasan pelabuhan itu bukan di perairan Pelabuhan Kota Kinabalu.” FMT

Waspada buaya di pantai Tanjung Lipat, Sabah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker