Ramai penduduk Korea Selatan tidak mahu berkahwin
SEOUL – Peratusan rakyat Korea Selatan yang hidup sendirian pada tahun 2050 dijangka meningkat lebih dua kali ganda berbanding permulaan milenium, kata pejabat perangkaan seperti dilaporkan oleh akhbar Hindustan Times semalam.
Anggaran itu sekali gus mencerminkan perubahan dalam komposisi isi rumah di Korea Selatan ketika negara berkenaan bakal mempunyai kadar kesuburan paling rendah di dunia.
Penduduk yang tinggal secara sendirian adalah terdiri daripada kira-kira 7.2 juta atau mewakili satu pertiga daripada isi rumah pada tahun 2021 di Korea Selatan.
Menurut statistik negara berkenaan, nisbah itu yang berada pada kadar 15.5 peratus pada tahun 2000 mungkin meningkat kepada hampir 40 peratus menjelang pertengahan abad ini.
Secara amnya, Korea Selatan kini mempunyai bilangan yang hampir sama dalam isi rumah orang perseorangan dengan United Kingdom (UK) walaupun ia masih jauh jika dibandingkan dengan Jepun atau Jerman.
Kekurangan wang dan jaminan pekerjaan membentuk hampir separuh daripada alasan yang diberikan oleh golongan bujang untuk tidak berkahwin, manakala 12 peratus lagi responden menyatakan, mereka berasa terbeban kerana terpaksa membesarkan anak.
Kira-kira 25 peratus lagi menyatakan bahawa mereka tidak menemui calon yang sesuai atau tidak merasakan perlu untuk mendirikan rumah tangga di negara berkenaan.
Peningkatan bilangan isi rumah perseorangan itu juga dijangka memberi tekanan lanjut terhadap demografi penuaan di Korea Selatan. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Menteri Pendidikan diminta rujuk guru, guna fakta dan data
- Tidak masuk akal import telur – Ameer Ali
- 35 nama dikemuka bagi jawatan timbalan menteri
- JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas
- Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan
- Afif dakwa Saifuddin campur tangan siasatan
- MIC tolak jawatan timbalan menteri
- Kumpulan pesawah tolak cadangan kerajaan lantik lebih banyak syarikat pengimport beras
- Ronaldo berpura-pura gembira lihat gol dijaringkan rakan sepasukan
- FITNAH: PM beri Muhyiddin 3 hari untuk mohon maaf
- Isu BERNAS, Shahidan melompat
- Muhyiddin mesti dedah siapa 42 Ahli Parlimen beri SD – Shahrir
- Menteri Undang-Undang tidak buang masa, pengasingan kuasa peguam negara, pendakwa raya bermula
- Ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang suka bergurau dan berlawak jenaka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa
You must be logged in to post a comment.