Ismail, Mahdzir tak hadir mesyuarat MKT UMNO

Ismail, Mahdzir tak hadir mesyuarat MKT UMNO

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di sini malam ini tidak dihadiri dua pemimpin tertinggi parti itu.

Kedua-duanya adalah Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Datuk Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ia disahkan seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Dia (Ismail Sabri) mohon maaf tidak dapat hadir mesyuarat MKT. Dia ada majlis lain,” katanya kepada media sebelum meninggalkan Menara Dato’ Onn di sini malam tadi.

Mesyuarat MKT UMNO dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berakhir pukul 10.30 malam.

Pemimpin utama UMNO antaranya Ahmad Zahid tidak melalui pintu utama Menara Dato’ Onn dan meninggalkan premis menggunakan pintu bawah.

Tiada sebarang kenyataan akan dikeluarkan oleh parti UMNO malam ini. MG

Ismail, Mahdzir tak hadir mesyuarat MKT UMNO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker