MKT putuskan pecat tiga pimpinan bahagian – Puad

MKT putuskan pecat tiga pimpinan bahagian – Puad

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan untuk memecat dua ketua wanita bahagian dan seorang ketua bahagian UMNO.

Ahli MKT, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendedahkan hasil mesyuarat itu berkata, ketiga-tiga mereka dikenakan tindakan disiplin itu kerana mencela parti termasuk Presiden UMNO.



Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan secara terperinci identiti individu berkenaan sambil menjelaskan mereka bukan dalam kalangan MKT.

“Kita minta parti bertindak tegas, kenakan tindakan disiplin kepada mereka yang bukan sahaja mencemuh parti tetapi mencemuh Presiden parti.

“Ada dipecat…ahli UMNO bukan MKT. Tiga orang…dua ketua wanita bahagian dan satu ketua bahagian kerana mencemuh parti serta berkempen (untuk pihak lawan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat MKT di Menara Dato’ Onn di sini, malam ini.

Menjelaskan situasi dalam mesyuarat berkenaan, Mohd Puad berkata, nada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agak tegas berkenaan isu disiplin.



Katanya, Ahmad Zahid menegaskan tidak akan sekali berkompromi dengan ahli yang burukkan parti termasuk membocorkan inti pati mesyuarat parti kepada pihak luar.

“Satu lagi, hari ini, presiden parti agak tegas dalam isu disiplin dan beliau tidak akan berkompromi dengan mereka yang suka burukkan parti termasuk bocorkan hasil mesyuarat MKT,” katanya.

Dalam mesyuarat itu, dua naib presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak hadir.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengesahkan Ismail Sabri tidak hadir pada mesyuarat itu kerana perlu menghadiri program lain.



Namun begitu, tidak dapat dipastikan mengapa Mahdzir tidak hadir mesyuarat berkenaan. BH

MKT putuskan pecat tiga pimpinan bahagian – Puad


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa



Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker