Dakwaan palsu tular, BN istiqamah bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan
Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan akan mengkaji semula kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan campuran, susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kenyataan media yang mula tersebar di media sosial itu adalah palsu.
“Kepalsuan di merata alam. Ini kenyataan fitnah dan bohong,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.
Berdasarkan kenyataan media palsu yang tersebar, kerjasama politik antara kedua-dua parti termasuk di Perak dan Pahang akan dikaji semula kerana keputusan dua kerusi itu jelas membuktikan orang Melayu tidak dapat menerimanya.
Ia didakwa hasil daripada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Khamis yang memandang serius keputusan pilihan raya itu.
Perikatan Nasional (PN) menang besar di Parlimen Padang Serai dengan majoriti 16,260 undi, mengalahkan calon PH manakala bagi kerusi DUN Tioman pula, BN menang tipis dengan majoriti 573 undi.
Kenyataan itu juga menyatakan, keputusan di dua kerusi itu menyaksikan UMNO yang selama ini dianggap sebagai pelindung dan pembela orang Melayu semakin hilang sokongan daripada orang Melayu sendiri.
Keadaan itu jika berterusan boleh mengakibatkan UMNO terus dipinggirkan dan ini sangat membahayakan masa depan dan kelangsungan hidup parti.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- UMNO sahkan Annuar Musa, Fatimah dan Shamsiah dipecat
- SPRM siasat dana RM90 bilion, RM430 bilion bukan dari kerajaan
- Tak minat sertai PAS, PN, kami ‘intai’ parti PH lain, kata bekas ahli Amanah
- Muhyiddin enggan jadi Ketua Pembangkang, hanya mahu jawatan PM
- Api dalam sekam yang bakar rumah – Isham bidas Annuar
- Muhyiddin ‘penghalang’ kerjasama BN-PN
- Tidak pernah lebih daripada 5 orang
- Calon PRU15 kongsi video guna pistol tanpa lesen ditahan
- Hakim digantung tugas kongsi gambar tidak sopan
- Hantu rosakkan bulan madu wanita jadi ‘isterinya’
- Menang di Parlimen Padang Serai, PN tidak boleh ‘besar kepala’
- Reen Rahim dapat tajaan nikah RM15 juta
- Ramai masih berharap dapat keluarkan duit KWSP
- Piala Dunia Qatar: Pegawai skuad Brazil cengkam kucing dikecam [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)
Tomok dakwa pekerjanya kena pukau
Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?
You must be logged in to post a comment.