Azeez Rahim dibebaskan Mahkamah bukan digugurkan seperti kes tertentu

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dibebaskan daripada tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapati, tiada keterangan serta fakta memihak kepada pendakwaan.

Menerusi satu kenyataan media, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata, perkara itu diperoleh selepas perkembangan siasatan telah dirujuk semula kepada pasukan pendakwaan.

Menurutnya, pada 1 Disember lalu, Abdul Azeez memfailkan permohonan untuk dibebaskan dari kesemua pertuduhan.



Setelah kertas siasatan diteliti, beliau berkata, AGC bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan dan tidak membantah terhadap permohonan pembebasannya, pada Jumaat.

Sejak pertuduhan difailkan di Mahkamah Sesyen di sini, beliau berkata, bekas Ahli Parlimen Baling itu telah mengemukakan beberapa representasi kepada AGC, agar kes pendakwaan terhadapnya ditarik balik dan kesemua pertuduhan dibatalkan.

“Berdasarkan surat representasi bertarikh 11 dan 16 Mac lalu, pihak pendakwaan telah menerima enam akuan berkanun daripada saksi-saksi utama pendakwaan.

“Ini menyebabkan siasatan yang menyeluruh dan teliti perlu dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ada bukti baharu yang tidak dipertimbangkan sebelum ini,” katanya.



Beliau berkata, pendakwa raya memohon kepada mahkamah satu perintah pelepasan tanpa terjumlah kepada pembebasan sebagai mana mengikut Seksyen 254(2) Kanun Tatacara Jenayah (CPC) agar siasatan lanjut dapat dibuat.

Susulan itu katanya, mahkamah telah membenarkan tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Pada 16 Januari 2019, Abdul Azeez telah didakwa atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 membabitkan RM5.2 juta dan sembilan pertuduhan bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Rasuah Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) 2009, berjumlah RM139,416,664.85.

Ia dikatakan terlibat dalam membantu syarikat-syarikat kontraktor memperoleh projek-projek kerajaan.



Perbicaraan kes itu bermula 19 Ogos 2020 dengan tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Pada 7 September 2020, pihak pendakwaan telah membuat pindaan ke atas sembilan pertuduhan itu, di bawah AMLATFPUAA dan menambah satu pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2009 dengan nilai kesalahan berjumlah RM13,433,985.25.

Perbicaraan telah ditangguhkan kerana pihak pembelaan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini, untuk membatalkan pertuduhan-pertuduhan tersebut, namun ia ditolak.

Abdul Azeez yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu, telah merayu di Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan dan membatalkan semua pertuduhan berkenaan.



Mahkamah Rayuan kemudiannya memutuskan untuk menolak rayuan Abdul Azeez selaku perayu.

Bagaimanapun, pemimpin UMNO itu dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan pindaan ketiga, ketujuh, kelapan dan kesembilan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker