Telur ayam tak kurang malah dieksport ke negara jiran
Telur ayam tak kurang malah dieksport ke negara jiran
Persatuan Penternak Ayam Selangor menyangkal dakwaan telur ayam kurang sebaliknya bekalan itu turut dieksport ke negara jiran.
Pengerusinya, Idrus Zainal Abidin berkata, pihaknya mahu bertemu dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu bagi membincangkan isu berkenaan.
“Saya mahu berjumpa dengan menteri untuk membincangkan isu ini kerana kita memahami keadaan yang berlaku di lapangan,” katanya kepada New Straits Times.
Beliau berkata, Mohamad mungkin tidak diberi taklimat dengan betul mengenai situasi sebenar.
Idrus berkata, keputusan kementerian untuk mendapatkan telur dari luar negara akan menjejaskan penternak.
“Kita mempunyai kapasiti untuk memenuhi permintaan telur dan ayam. Harga siling dan subsidi adalah bebanan kami.
“Kerajaan perlu hapuskan harga siling dan subsidi supaya wujud persaingan sihat untuk memenuhi permintaan,” katanya.
Katanya, penternak ayam juga tidak menyorok bekalan telur dan ayam.
“Tiada gunanya kami menyimpan telur dan ayam.
“Kami hanya mahu menjual telur dan ayam dengan harga yang berpatutan kerana menjalankan perniagaan tanpa keuntungan adalah sia-sia,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, rangkaian pasar rayanya masih berdepan masalah bekalan telur yang tidak mencukupi.
“Kami masih bergelut untuk memastikan telur berada di rak pasar raya kami.
“Kami hanya menerima 20 hingga 30 peratus daripada bekalan telur kami setiap hari,” katanya.
Ameer yang juga Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera berkata, kerajaan perlu menyelesaikan isu itu dengan segera memandangkan cuti perayaan Krismas semakin hampir.
“Kementerian harus memastikan bekalan mencukupi sebelum Krismas kerana isu ini memberi kesan kepada semua orang.
“Ia bukan saja kami (peruncit) tetapi juga kedai roti dan kek serta restoran,” katanya.
Kelmarin, Mohamad dilaporkan berkata, kementeriannya bakal menjalankan pelan jangka pendek untuk mendapatkan telur daripada pelbagai sumber di luar negara bagi mengatasi kekurangan telur di negara ini. HM
Telur ayam tak kurang malah dieksport ke negara jiran
Baca Artikel Menarik:
- Menteri Pendidikan diminta rujuk guru, guna fakta dan data
- Tidak masuk akal import telur – Ameer Ali
- 35 nama dikemuka bagi jawatan timbalan menteri
- JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas
- Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan
- Afif dakwa Saifuddin campur tangan siasatan
- MIC tolak jawatan timbalan menteri
- Kumpulan pesawah tolak cadangan kerajaan lantik lebih banyak syarikat pengimport beras
- Ronaldo berpura-pura gembira lihat gol dijaringkan rakan sepasukan
- FITNAH: PM beri Muhyiddin 3 hari untuk mohon maaf
- Isu BERNAS, Shahidan melompat
- Muhyiddin mesti dedah siapa 42 Ahli Parlimen beri SD – Shahrir
- Menteri Undang-Undang tidak buang masa, pengasingan kuasa peguam negara, pendakwa raya bermula
- Ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang suka bergurau dan berlawak jenaka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET