Haram bezakan ‘goodies’ golongan kaya, miskin

Haram bezakan ‘goodies’ golongan kaya, miskin

Haram bezakan ‘goodies’ golongan kaya dan miskin dalam majlis kenduri, ujar penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus.

Dalam satu ceramahnya, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI menjawab persoalan berkenaan perbezaan ‘goodies’ yang diberikan kepada tetamu yang hadir ke majlis kenduri.

“Hukumnya haram bila kita bagi hadiah dekat orang berbeza-beza atas sebab golongan kaya atau miskin, namun sebab lain dibolehkan.

“Contoh sebab lain yang dibolehkan itu adalah kerana mereka adalah kenalan rapat, sahabat handai atau saudara-mara.

“Andai kata nak beri kad kahwin yang mahal dan cantik pada kawan-kawan, itu juga dibenarkan, malah harus hukumnya beri kad biasa pada orang luar. Tetapi haram jika beri kad mahal-mahal pada golongan kaya kerana ingin bezakan mereka,” katanya.

Jelasnya lagi, Nabi pernah bersabda jangan hadir majlis kenduri yang membezakan golongan kaya dan miskin.

Katanya, kenduri tersebut boleh jatuh maksiat sekiranya menjamu makanan istimewa kepada golongan kaya atas niat untuk membezakan mereka dengan orang susah.

“Tetapi kalau tuan rumah memang dah sediakan makanan istimewa untuk saudara-mara dan anak-beranak, tidak mengapa. Cuma jatuh hukum haram sekiranya bezakan makanan VVIP atau datuk-datuk sebab mereka kaya,” jelasnya. K Online

Haram bezakan ‘goodies’ golongan kaya, miskin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker