PN tidak akan dedah identiti penyumbang dana
PN tidak akan dedah identiti penyumbang dana
PN tidak akan mendedahkan senarai penyumbang dana kepada parti tersebut, kata salah seorang pemimpin gabungan berkenaan hari ini.
Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata sebaliknya mereka sentiasa terbuka untuk membahaskan rang undang-undang pembiayaan politik di parlimen.
Kenyataan ahli parlimen Machang itu dibuat ketika PN digambarkan sebagai mungkin menerima dana daripada syarikat pengendali judi menjelang PRU ke-15 lalu.
Dakwaan itu – yang dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 5 Dis lalu – sudah dinafikan beberapa pemimpin PN.
Bahkan parti itu mendesak Anwar atau kerajaan mengemukakan bukti atas dakwaan berkenaan atau berdepan tindakan undang-undang.
“Kami tidak akan mendedahkan senarai itu.
“Tak ada parti politik yang berbuat demikian (membentangkan senarai dana yang diterima) sebelum ini,” kata Wan Ahmad Fayhsal.
Menurutnya lagi mendedahkan kepada awam senarai penyumbang dana itu bukanlah amalan mana-mana parti politik.
Terdahulu ketua Pemuda Bersatu itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan menamakan Anwar sebagai pihak yang perlu disiasat selepas membuat dakwaan terhadap PN.
Kata Wan Ahmad Fayhsal, PN juga bersedia menyahut usaha kerajaan menggubal akta berkaitan pendanaan parti politik jika mereka mahu meletakkan keutamaan pada isu tersebut.
Katanya penggubalan akta berkenaan sepatutnya diselesaikan semasa Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri namun tergendala apabila parlimen dibubarkan.
“Tak sempat buat benda tu, tak apa.. kita tunggu sesi parlimen selanjutnya untuk membahaskan hal ini,” katanya lagi.
Pada 24 Sept lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan menjangkakan Rang Undang-undang Pembiayaan Politik akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada awal Nov sebelum bacaan kedua pada akhir bulan sama.
Bagaimanapun, parlimen dibubarkan pada 10 Okt lalu dan rang undang-undang berkenaan tidak sempat dibahaskan dan diluluskan. Mk
PN tidak akan dedah identiti penyumbang dana
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi ‘penjilat’ Anwar – Wan Saiful
- 5 perkara yang sedang diteropong Anwar
- Sukar lupakan kisah manusia ditelan ular sawa
- Agong, Zafrul saksi perjanjian bersejarah Petronas dan syarikat minyak UAE
- Lebih baik PN berhenti berangan, nasihat Rafizi
- Anwar batal kelulusan projek tebatan banjir RM7 bilion
- BN belajar daripada kesilapan – Zahid
- Jangan cabar saya, Anwar beritahu Muhyiddin
- Terima kasih Menteri Luar, Wisma Putra – Norzie Pak Wan Chek
- Selamat Tinggal Muhyiddin, Jeffrey Kitingan sahkan STAR tinggalkan PN secara rasmi
- BN, PH lapor polis kenyataan ‘kerajaan luar tabii’ Sanusi
- Ah Long hantar konco serang lelaki di hospital, rampas kereta mahal
- Lelaki kahwini 20 wanita termasuk anak sendiri mengaku dirinya Nabi
- Tak cakap pun nak nikah – Ogy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j
You must be logged in to post a comment.