Muhyiddin dan Hamzah sama sahaja

Muhyiddin dan Hamzah sama sahaja

Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata negara ini tidak memerlukan sebarang pertukaran kerajaan sehinggalah sampai masa untuk PRU ke-16.

Katanya sebarang cubaan menukar kerajaan sebelum penggal sekarang berakhir “mestilah dihalang” kerana Umno – yang menjadi sebahagian daripada kerajaan – boleh memberikan kerjasama demi rakyat.

Justeru kata speaker Dewan Undangan Negeri Johor itu lagi, kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim wajar diberi peluang mentadbir negara sehingga tamat tempoh sepatutnya.



“Isu PN dan BN bergabung jika Bersatu tidak lagi dipimpin oleh Muhyiddin Yassin adalah mengarut.

“Muhyiddin dan Hamzah Zainudin sama sahaja, kedua-duanya suka ‘tikam belakang’,” katanya pagi ini.

Mohd Puad yang juga Adun Rengit berkata demikian sebagai mengulas laporan mendakwa ada cubaan menggantikan kepemimpinan Bersatu dan PN daripada Muhyiddin kepada Hamzah.

Muhyiddin merupakan presiden Bersatu dan pengerusi PN, manakala Hamzah menjadi setiausaha agung bagi kedua-dua organisasi terbabit.



Memetik sumber tidak dinamakan, portal FMT mendakwa, tanpa Muhyiddin menjadi pemimpin PN, peluang untuk mereka bekerjasama dengan BN menjadi lebih cerah.

Mohd Puad berkata tidak timbul isu BN boleh bekerjasama dengan PN untuk mengambil alih Putrajaya daripada Anwar jika tiada lagi Muhyiddin bersama gabungan terbabit.

“Gabungan BN-PN untuk membentuk kerajaan baru sudah tidak lagi relevan. Tidak perlu difikirkan. Ia membuang masa,” katanya. Mk

Muhyiddin dan Hamzah sama sahaja




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker