Muhyiddin kata PN tak makan duit judi

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan parti itu memperolehi dana daripada syarikat judi untuk menampung kos kempen PRU ke-15.

Katanya, kenyataan dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu semalam merupakan tuduhan berat.

Bahkan Muhyiddin bersumpah tidak mengambil walau satu sen pun sumbangan daripada syarikat judi.

“Dia (Anwar) kata kita kempen pilihan raya ini pakai duit judi. Kot (mungkin) dia kot… Saya tak nak kata, tapi ada maklumat kata kot dia kot.

“Kami ini pemimpin, sini dah haram judi sana dah haram judi. Nak ambil duit judi nak urus pilihan raya, habis kami sengkek dah tak ada duit?

“Wallahi kami takkan lakukan perkara-perkara yang haram sebegitu. Takkan terima walau sesen pun sumbangan daripada mana-mana pihak gaming company hanya kerana kami nak duit, haram,” katanya dalam ceramah grand finale Parlimen Padang Serai di Kulim, malam tadi.

Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar semalam yang membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas.

Bercakap ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Anwar berkata dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.

“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” katanya.

Dia turut menegur pentadbiran PN yang diketuai Bersatu dan PAS kerana menaikkan cabutan khas judi dari lapan kepada 22 kali setahun dan langkah itu dibuat pada akhir 2020.

Kata Anwar, selaku menteri kewangan, dia telah memutuskan bilangan cabutan khas judi akan kembali dikurangkan kepada lapan kali setahun bermula tahun depan.

Muhyiddin menjelaskan pihaknya mempunyai “kawan” yang membantu sedikit sebanyak PN dan keadaan itu turut berlaku pada pihak parti lain.

“Tetapi kami pun ada kawan, tak ramai sikit-sikit dok tolong bantu. Hat dia pun dapat juga, hat sana pun dapat juga.

“Kalau kami dapat, Gerakan dapat, Bersatu dapat, PAS pun dapat, salahkah? Ikutkan undang-undang tak salah. Yang Anwar boleh buat tuduhan, ini tuduhan berat. Baru naik hari ini kabinet dah buat tuduhan,” ujarnya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker