Anwar bayangkan dana pilihan raya PN dari syarikat judi
Anwar bayangkan dana pilihan raya PN dari syarikat judi
Perdana Menteri Anwar Ibrahim membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.
Anwar berkata Kementerian Kewangan juga mendapati “pelanggaran” dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.
Bercakap ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, dia berkata dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.
“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.
“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” katanya.
Terdahulu, dia turut menegur pentadbiran PN yang diketuai Bersatu dan PAS kerana menaikkan cabutan khas judi dari lapan kepada 22 kali setahun.
Langkah itu dibuat pada akhir 2020.
Kata Anwar, selaku menteri kewangan, dia telah memutuskan bilangan cabutan khas judi akan kembali dikurangkan kepada lapan kali setahun bermula tahun depan. Mk
Anwar bayangkan dana pilihan raya PN dari syarikat judi
Baca Artikel Menarik:
- Anwar usik Mat Sabu: ‘Telur tak ada’
- BN, UMNO jadi mangsa dendam politik jika tidak sertai kerajaan perpaduan
- Nash sukar bergerak
- PH atau PN tak boleh bentuk kerajaan tanpa BN
- Polis panggil Hadi beri kenyataan
- Kerajaan tidak akan ‘kejar’ Azam Baki – Rafizi
- Isteri curang ditangkap khalwat
- Rafizi pertahan keputusan Anwar jadi Menteri Kewangan
- Melayu dalam Jemaah Menteri Anwar
- PN berebut pula Speaker Dewan Rakyat
- Ramasamy terus persoal hanya satu jawatan menteri kepada kaum India
- PAS tuntut peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen
- Aksi bahaya budak berpaut di belakang lori dirakam
- Penyelam lemas ketika mahu pecah rekod dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin
Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat
You must be logged in to post a comment.