Janda bincang majlis nikah dicekup khalwat

Janda bincang majlis nikah dicekup khalwat

MELAKA – Sepasang kekasih memberikan alasan ingin membincangkan majlis perkahwinan selepas dicekup berkhalwat di sebuah bilik hotel di Bandar Melaka, di sini, awal pagi tadi.

Wanita berusia 44 tahun yang juga seorang janda dan pasangannya 36 tahun itu antara 12 individu dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Op Medsos dijalankan bermula pukul 10 malam hingga 4 pagi.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, hasil risikan, seramai 15 anggota penguat kuasa telah melakukan serbuan dan enam pasangan berjaya dicekup dalam pemeriksaan di 12 premis hotel terkenal di bandar Melaka.

Katanya, sepasang kekasih yang dicekup telah memberikan alasan ingin membincangkan majlis perkahwinan di hotel tersebut dan telah menempah penginapan bagi dua malam.

“Wanita tersebut merupakan seorang janda yang kematian suaminya, manakala kekasihnya merupakan lelaki bujang dan kedua-dua mereka adalah penduduk tempatan.

“Ketika disoal siasat, pasangan itu mengakui menempah bilik hotel bagi dua malam dengan alasan untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan mereka yang dijangka berlangsung pada Mei depan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jelasnya, hasil siasatan lanjut bagaimanapu. mendapati kediaman kedua-dua pasangan itu terletak tidak sampai 10 kilometer daripada hotel diserbu.

Dalam pada itu Che Sukri berkata, sepasang lagi kekasih yang dicekup memberikan alasan si wanita terlalu letih dan tidak larat untuk memandu pulang ke rumah selepas menghadiri majlis kenduri arwah keluarga teman lelakinya.

“Lelaki tersebut berusia 24 tahun, manakala teman wanitanya 28 tahun yang berasal dari Melaka.

“Ketika diserbu pasangan ini mengambil masa 10 minit untuk membuka pintu dengan lelaki tersebut memberikan alasan berada di dalam bilik berkenaan kerana ingin makan bersama teman wanitanya,” katanya.

Katanya, kesemua pasangan itu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen perkahwinan dan dibawa ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. K Online

Janda bincang majlis nikah dicekup khalwat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker