Perlantikan Kabinet Perpaduan: Semua pihak harus hormati hak prerogatif PM

Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan), Datuk Mohd Azis Jamman berpandangan siapa pun yang dilantik membarisi kabinet Kerajaan Perpaduan ia adalah prerogatif Perdana Menteri yang patut dihormati.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Sepanggar berkata, tidak sepatutnya timbul lagi soal kecewa kerana rakyat Sabah telah diberikan peluang untuk mengundi dan memilih.
“Saya melihat ada nada-nada kecewa khususnya di Sabah terhadap barisan kabinet yang telah dibentuk kerana kurangnya representasi Sabah di dalam kabinet.
“Namun saya berpandangan siapa pun yang dilantik itu adalah prerogatif Perdana Menteri yang patut dihormati dan tidak sepatutnya timbul lagi soal kecewa kerana rakyat Sabah telah diberikan peluang untuk mengundi dan memilih,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohd Azis berkata, rakyat telah memilih dan mengundi mengikut apa yang mereka percaya boleh membantu Sabah dan terbukti mereka lebih mempercayai keupayaan parti di Semenanjung berbanding parti di Sabah.
“Kita sewajarnya perlu menghormati keputusan rakyat dan melihat ke hadapan. Fokus seharusnya perlu diberikan kepada usaha untuk membantu rakyat kerana ramai rakyat yang terkesan dengan kegawatan ekonomi negara.
“Saya memahami ada juga segelintir penyokong Warisan yang kecewa kerana tiada representasi Warisan di dalam kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Pemilihan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu, Warisan telah memberikan perakuan bersumpah (SD) kepada Anwar walaupun ditawarkan dengan pelbagai jawatan dan habuan.
“Begitu juga setelah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Warisan sekali lagi menjadi parti terawal yang telah memberikan SD kepada Anwar, namun apabila kabinet dibentuk tanpa satu pun jawatan kabinet diberikan kepada Warisan berbanding parti lain,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, Warisan wajar membuktikan kepada rakyat Malaysia dan Sabah khususnya bahawa Warisan bukanlah parti yang mengejar jawatan semata-mata tetapi yang berprinsip pada asas perjuangannya iaitu mengutamakan tuntutan kepada hak Sabah.
“Kita pastinya ingin melihat agar Anwar selaku Perdana Menteri akan menunaikan janjinya mengenai tuntutan Sabah dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azhar kosongkan kerusi Speaker
- Mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Isnin – Anwar
- Tak salah pilih Watie – Shuib
- Dua lelaki ‘gatal’ ditahan cuba cabul pelancong [VIDEO]
- Kanye West bangga video seks dengan Kim Kardashian
- Shah Rukh Khan tunai umrah
- Jangan ulangi lantikan menteri kewangan tidak kompeten seperti 22 bulan lalu
- Setahun jadi doktor palsu lakukan pelbagai pembedahan akhirnya ‘kantoi’
- Keluarga Pengantin Perempuan batalkan perkahwinan kerana gagal dapat geran rumah [VIDEO]
- Pemain JDT tolak panggilan skuad Harimau Malaya, ‘mereka bukan mesin’ – TMJ
- Serangan buaya, bapa parah anak hilang
- Rogol remaja, Ustaz Fathi Na’im didakwa lagi
- Najib masuk HKL
- Giliran Ronnie Liu mohon maaf pada BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!