Perak paling untung, ada PM, TPM dan 4 Menteri penuh
Pelantikan enam menteri dari negeri ini ke dalam kabinet Kerajaan Perpaduan akan meningkatkan kehadiran dan keyakinan pelabur ke negara ini tidak terkecuali Perak, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata, pelantikan itu juga secara tidak langsung akan memulihkan ekonomi negeri itu dengan kehadiran pelaburan baharu kelak.
“Ia bertepatan memandangkan secara kebetulan Perak sedang berusaha keras membuat persiapan menarik pelabur bagi mengisi tapak-tapak taman industri baharu yang dibina.
“Diharapkan juga pengumuman pelantikan kabinet semalam dapat meyakinkan pelabur untuk melihat Perak sebagai potensi baharu untuk pelaburan di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini pada Sabtu yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengumumkan pelantikan 28 anggota Jemaah Menteri bagi Kerajaan Perpaduan termasuk dua timbalan perdana menteri.
Enam anggota Jemaah Menteri dari Perak ialah Perdana Menteri yang memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari Parlimen Tambun dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Turut dilantik ialah V Sivakumar sebagai Menteri Sumber Manusia dari Parlimen Batu Gajah, Menteri Sains dan Teknologi, Chan Lih Kang dari Parlimen Tanjung Malim, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dari Parlimen Teluk Intan. – Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azhar kosongkan kerusi Speaker
- Mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Isnin – Anwar
- Tak salah pilih Watie – Shuib
- Dua lelaki ‘gatal’ ditahan cuba cabul pelancong [VIDEO]
- Kanye West bangga video seks dengan Kim Kardashian
- Shah Rukh Khan tunai umrah
- Jangan ulangi lantikan menteri kewangan tidak kompeten seperti 22 bulan lalu
- Setahun jadi doktor palsu lakukan pelbagai pembedahan akhirnya ‘kantoi’
- Keluarga Pengantin Perempuan batalkan perkahwinan kerana gagal dapat geran rumah [VIDEO]
- Pemain JDT tolak panggilan skuad Harimau Malaya, ‘mereka bukan mesin’ – TMJ
- Serangan buaya, bapa parah anak hilang
- Rogol remaja, Ustaz Fathi Na’im didakwa lagi
- Najib masuk HKL
- Giliran Ronnie Liu mohon maaf pada BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!