Hidayah Abam bertemu jodoh?

Hidayah Abam bertemu jodoh?

Foto balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah, 32, yang memegang sejambak bunga menarik perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran sekeping foto di akaun Instagram Hidayah itu, turut kelihatan seorang lelaki yang bersongkok hitam dan memakai baju kemeja lengan pendek berwana biru gelap, menghadap ke arahnya.

Hidayah juga hanya meletakkan dua emoji hati berwarna biru cair, tanpa kapsyen pada fotonya bersama lelaki itu yang mencetus tanda tanya sama ada ibu tunggal anak satu berkenaan sudah dirisik orang.

Melihatkan warna sedondon yang dipakai Hidayah dan lelaki terbabit dengan disulami senyuman manis usahawan wanita itu, apakah dia kini mungkin sudah menemui ‘pengganti’ yang bertakhta di hati?

Meninjau ke ruangan komen, didapati hantaran dibuat Hidayah itu menerima ribuan komen yang mengucapkan tahniah kepadanya serta rata-rata netizen menyifatkan dia layak menjalani kehidupan bahagia.

“Alhamdulillah, tumpang gembira untuk Dayah,” komen netizen.

“Cantik…tahniah, semoga kebahagiaan sentiasa bersama dengan awak,” tulis seorang lagi wargamaya.

“Tahniah Dayah…doa yang baik-baik untukmu,” komen pengikutnya.

“Ramai yang doakan, tahniah, semoga dipermudahkan segala urusan,” tulis warganet.

Terdahulu, Hidayah pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Abam pada 8 Disember 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka memiliki seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4.

Bagaimanapun, jodoh pasangan ini tidak panjang apabila Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun di kediamanya di Gombak, Selangor. HM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker