Perseteruan politik BN-PH bakal dilupakan

Pakatan Harapan (PH) Pahang sedia melupakan perseteruan lama dengan Barisan Nasional (BN) demi kestabilan rakyat

Justeru, Amirudin dengan terbuka hati memulakan salam perdamaian selepas dua gabungan itu bersetuju menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa syarat.

“Saya percaya kehadiran saya dan Abang Mat (Mohamad Sabu) serta pemimpin PH lain, datang dengan hati terbuka dan tulus ikhlas di Pahang.



“Kita bersedia melupakan pertelagahan atau perseteruan lama demi rakyat khususnya seluruh orang di Pahang termasuk penduduk di DUN Tioman pada malam ini (semalam),” katanya menurut Sinar Harian.

Amirudin menyampaikan ceramah umum sempena kempen pilihan raya DUN Tioman di Pasar Besar Rompin semalam.

Ceramah julung kali diadakan secara bersama itu turut dihadiri Pengerusi BN Pahang Wan Rosdy Wan Ismail dan bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Khairuddin Aman Razali.

“Siapa yang kita menentang dahulu, kita kena lupakan semua perbezaan itu. Saya dah pesan dengan Abang Mat jangan tersasul. Kalau tersasul dia sebut Umno susah la nanti.”



“Perbezaan itu bukan masalah. Kita diahirkan berbeza, berpuak atau di dalam kelompok yang mana satu (berbeza) untuk apa…untuk kita berkenalan-kenalan dan kenalan yang dicari adalah untuk titik kebaikan serta kebersamaan,” kata Amirudin.

Keputusan PRU lalu menyaksikan BN menang 16 kerusi DUN manakala PH, lapan kerusi. Baki 17 kerusi lagi dimenangi Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, BN dan PH menyatakan kesediaan membentuk kerajaan negeri, mengambil kira kerjasama di peringkat persekutuan.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi



Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker