Baguette kini adalah warisan UNESCO

PARIS – ‘Baguette ialah adunan 250 gram keajaiban dan kesempurnaan’.

Kenyataan itu dikeluarkan Presiden Perancis, Emmanuel Macron setelah roti yang menjadi salah simbol kekal di negara itu diberikan status warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Rabu.

Macron yang sedang melakukan lawatan di Amerika Syarikat (AS) turut menyambut baik pengiktirafan dibuat UNESCO terhadap baguette dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak boleh ditiru.

Tekstur roti yang berkerak di luar dan lembut di bahagian dalam telah menjadi makanan tradisional di Paris sejak beberapa dekad lalu.



Menurut Persekutuan Kebangsaan Bakeri Perancis, lebih enam bilion baguette dibakar di negara itu pada setiap tahun.

“Pengiktirafan ini meraikan keseluruhan budaya, ritual harian dan elemen struktur hidangan yang sinonim dengan perkongsian serta kemesraan,” kata Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay.

Sejak 1970, Perancis telah kehilangan kira-kira 400 bakeri yang beroperasi secara kecil-kecilan pada setiap tahun.

Penurunan jumlah itu disebabkan oleh kewujudan bakeri lebih besar dan pasar raya di kawasan luar bandar yang menyebabkan pengguna menukar menu ham baguette dengan burger.



Difahamkan, baguette hanya mendapat nama rasminya pada 1920 apabila undang-undang baharu pada masa tersebut menetapkan berat minimumnya 80 gram dan berukuran sepanjang 40 sentimeter.

Perancis mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap baguette itu pada awal 2021.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker