Jangan runtuhkan masjid saya nak bina – Azri Iskandar

Jangan runtuhkan masjid saya nak bina – Azri Iskandar

Menjawab dakwaan tidak semena-mena seorang wanita dikenali sebagai F yang mengakui menerima lamaran daripadanya, pelakon Azri Iskandar memohon kehidupannya tidak terus diganggu individu terbabit.

Azri atau nama sebenarnya, Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi memberitahu, tidak logik untuk dirinya mengajak seorang wanita berkahwin dua hari selepas bercerai dengan bekas isteri, Ellie Suriaty.

“Saya tak tahu apa motif dia buat pendedahan kepada media selepas saya bercerai dan membuat pendedahan ingin membina masjid dengan Azra Diera.

“Kalau niatnya untuk mengeruhkan hubungan antara saya dengan bakal isteri, semoga berjaya sebab Azra percayakan diri saya.

“Pesan saya untuk dia, berhentilah. Tolong jangan kacau hubungan dan runtuhkan masjid yang saya nak bina dengan Azra,” katanya.

Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu menegaskan lagi bahawa, hanya Azra yang ingin dikahwininya buat masa sekarang.

“Saya cuma nak berkahwin dengan Azra. Apabila membaca dakwaannya, saya pun terkejut tapi saya yakin, Azra lebih tahu kebenarannya.

“Macam saya cakap tadi, di mana logiknya dua hari lepas bercerai terus ajak berkahwin sedangkan sebelum itu kami dah putus hubungan agak lama sebelum bertemu kembali baru-baru ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Azri dan Ellie Suriaty bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu.

Terbaharu, dia mengesahkan ingin mengahwini wanita pilihan yang juga merupakan seorang penulis skrip, Dr. Azra Diera, 43, bulan ini.

Katanya kepada media, dia bakal menghantar rombongan merisik pada 23 Jun ini.

“Buat masa sekarang tarikh nikah belum ada. Insya-Allah dalam masa dua minggu ini saya akan ke Perlis berjumpa keluarga perempuan untuk merisik.

“Saya nak bincang dengan keluarga Azra untuk percepatkan perkahwinan, kalau boleh bulan ini,” ujarnya. K Online

Jangan runtuhkan masjid saya nak bina – Azri Iskandar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker