Tiada kaitan bekalan telur dengan PRU15

Tiada kaitan bekalan telur dengan PRU15

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan tiada asas kukuh mengaitkan bekalan telur disorok dan kemudian dilambakkan dalam pasaran kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd Yusof, berkata bekalan telur masih belum stabil sepenuhnya ketika ini, malah tinjauan dan pemeriksaan pihaknya mendapati beberapa negeri masih berdepan masalah bekalan.

“Ada negeri dan kawasan di sesetengah tempat, bekalan telur masih belum pulih dan berkurangan. Justeru, dakwaan bekalan sudah pulih adalah tidak berasas.

“Kita teruskan pemantauan, saya sudah minta pengarah negeri keluarkan data semasa hasil pemeriksaan mereka di lapangan, telur cukup atau tidak cukup.

“Kalau tidak cukup bekalan, kita akan hubungi pengeluar bagi mengetahui kenapa berlaku kekurangan bekalan dan minta mereka hantar segera bekalan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Azman berkata, sebelum ini, pengusaha di peringkat ladang ada membangkitkan isu kos pengeluaran yang tinggi, namun pihaknya tidak nampak masalah kekurangan bekalan berlaku kerana mereka sudah diberi subsidi bagi telur Gred A, B dan C.

“Kita seimbangkan keperluan mereka dengan pemberian subsidi, daripada dua sen kepada lima sen dan sekarang sudah naik sehingga 10 sen.

“Saya tidak nampak masalah kekurangan bekalan itu, namun kita akan sentiasa berunding. Kena faham, kadang-kadang bukan sebab kos pengeluaran semata-mata, ada punca lain seperti cuaca, banjir, penyakit dan sebagainya,” katanya.

Ditanya mengenai aduan pengguna berkenaan harga telur dijual sehingga RM18 satu papan, beliau berkata, KPDNHEP mahu pengguna melaporkan segera perkara itu kepada penguat kuasa berikutan telur gred A, B, C di pasaran terikat pada harga kawalan.

“Pengguna perlu melaporkan aduan secara terperinci supaya tindakan segera boleh diambil. Kami tidak mempunyai kekuatan untuk memeriksa semua kedai atau pasar raya seluruh negara,” katanya.

Berhubung dakwaan ada telur busuk dan rosak dijual di pasaran, Azman berkata, beliau turut menerima aduan, namun tiada bukti diperoleh selepas pemeriksaan dijalankan.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr Saravanan Thambirajah, menggesa KPDNHEP mengambil tindakan tegas ke atas peniaga atau pembekal yang didapati menaikkan harga telur ayam walaupun kini bekalan hasil itu kembali pulih.

Beliau mengakui, FOMCA juga tidak tahu punca harga telur ayam meningkat secara mendadak walaupun negara tidak mengalami kekurangan makanan berkenaan. BH

Tiada kaitan bekalan telur dengan PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker