Bekas KPPA dedah ada penjawat awam diugut tukar, tamat kontrak jika tak akur arahan ahli politik

Bekas KPPA dedah ada penjawat awam diugut tukar, tamat kontrak jika tak akur arahan ahli politik

Gesaan supaya tiada campur tangan politik dalam perkhidmatan awam wajar dilaksanakan Kerajaan Perpaduan bagi meminimumkan risiko rasuah dalam institusi berkenaan.

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Borhan Dolah, berkata ia bagi memastikan perkhidmatan awam dapat melaksanakan tugas mengikut landasan tepat, tanpa sebarang kacau ganggu daripada mana-mana pihak.



Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkata, Kerajaan Perpaduan wajar membawa kembali draf Akta Perkhidmatan Awam untuk dibentang dan diluluskan, bertujuan memberi perlindungan kepada institusi perkhidmatan awam.

Katanya, draf akta berkenaan, yang dirangka pada 2018 itu dilihat mampu melindungi penjawat awam daripada kes kacau ganggu, membabitkan ahli politik dan pihak berkaitan.

“Akta ini bukan sahaja bertindak untuk memberi perlindungan kepada penjawat awam daripada mana-mana pihak yang membuat kacau ganggu, malah ia turut memperuntukkan tindakan yang boleh diambil ke atas kakitangan kerajaan yang tidak menjalankan tugas hakiki mereka.

Kesalahan campur tangan



“Draf ini terhenti pada peringkat perbincangan kerana ahli politik ketika itu tidak berani untuk merealisasikannya. Ini kerana ada klausa dalam akta ini menyatakan Ahli Parlimen boleh hilang kelayakan, jika disabitkan kesalahan campur tangan dalam urusan perkhidmatan awam.

“Campur tangan ini datang dalam pelbagai bentuk, ada yang mahu pegawai tertentu membuat sesuatu perkara tidak mengikut lunas perundangan dan mereka berpotensi ditukarkan atau ditamatkan kontrak, jika enggan berbuat demikian,” katanya kepada BH.

Borhan berkata, akta berkenaan turut memperuntukkan kuasa pertuduhan ke atas mana-mana pihak yang dikenal pasti membuat campur tangan politik dalam perkhidmatan awam.

“Ia wajar dilaksanakan bagi memastikan setiap urusan perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan cepat, selain boleh menjadi instrumen bagi membolehkan penjawat awam melaksanakan tugasan yang sepatutnya dikendalikan mereka.



“Menerusi akta ini, tindakan boleh dikenakan kepada ahli politik atau mana-mana pihak berkaitan yang dibuktikan campur tangan dalam urusan perkhidmatan awam, selain turut memberi kuasa perundangan ke atas penjawat awam yang tidak melaksanakan tugasan mereka secara betul,” katanya. BH

Bekas KPPA dedah ada penjawat awam diugut tukar, tamat kontrak jika tak akur arahan ahli politik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi



Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker