Pemuda UMNO sokong tolak kelulusan perolehan tanpa tender

Pemuda UMNO sokong tolak kelulusan perolehan tanpa tender

Pergerakan Pemuda UMNO menyokong ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu melihat berlakunya kelulusan perolehan tanpa tender di bawah kerajaan pimpinannya.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut boleh mengelak daripada berlakunya penyelewengan serta ketirisan wang kerajaan.

“Sokong 100 peratus. Tutup ruang segala bentuk yang boleh menjurus kepada ketirisan, kebocoran, penyelewengan dan rasuah,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan bulanan di Dataran Perdana Putra di Putrajaya hari ini menegaskan, kerajaan perpaduan pimpinannya tidak akan membenarkan sebarang kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa. MG

Pemuda UMNO sokong tolak kelulusan perolehan tanpa tender


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker