Suami dikerat 22 bahagian angkara curang

Suami dikerat 22 bahagian angkara curang

NEW DELHI: Seorang wanita ditahan polis New Delhi selepas membunuh suaminya sendiri dengan memotong badan dan menyimpan dalam peti sejuk sebelum melupuskannya, lapor agensi berita Sputnik.

Mangsa, Anhan Das adalah penduduk di perkampungan Pandav Nagar dan menetap bersama isterinya, Poonam serta anak tirinya, Deepak.

Polis menahan kedua-dua suspek ibu dan anak itu selepas menjumpai beberapa bahagian badan termasuk dua tangan, dua paha, tengkorak dan lengan di kawasan Trilokpuri, Kalyanpuri dan Pandav Nagar.

Identiti mangsa dikenal pasti selepas polis menjalankan siasatan dengan melihat kamera litar tertutup (CCTV) menyaksikan ibu dan anaknya bergerak membawa beg ke tanah terbiar.

Selepas siasatan lanjut, kedua beranak tersebut mengaku melakukan jenayah kejam itu dan mendakwa suaminya menjalinkan hubungan sulit.

“Pada 30 Mei, mereka meletakkan pil tidur dalam minuman Anjan dan kemudian mengelar lehernya. Mereka meninggalkan mayat dalam rumah selama sehari bagi membuang darah sepenuhnya.

“Kemudian mereka memotong badan kepada beberapa bahagian. Setakat ini polis hanya menemui enam bahagian,” kata polis.

Media tempatan melaporkan kedua-dua suspek mengecat rumah selepas menyimpan mayat dalam peti sejuk untuk mengelakkan bau busuk.

Difahamkan, pasangan tersebut berkahwin pada 2017 dan kerap bergaduh. Sinar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker