BN perlu pemimpin pelapis atau tunggu masa ditalkinkan
BN perlu pemimpin pelapis atau tunggu masa ditalkinkan
BARISAN Nasional (BN) benar-benar memerlukan penyertaan orang muda sebagai pemimpin pelapis parti itu.
Ini selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu yang menyaksikan kekalahan teruk dan memalukan yang dialami parti tersebut.
BN hanya menang 30 kerusi Parlimen berbanding 79 kerusi pada PRU14.
BN juga kalah teruk di tiga negeri yang dikuasai sebelum ini iaitu Perlis di mana parti itu tidak menang satu pun daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.
Parti itu juga tewas memalukan di Perak dengan hanya memperoleh sembilan daripada 59 kerusi dan di Pahang yang hanya berjaya merebut 16 kerusi.
BN hanya kembali menjadi kerajaan di Perak dan Pahang selepas bergabung dengan parti musuh iaitu Pakatan Harapan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.
Selepas mengalami kekalahan yang teruk BN perlu memikirkan semula strategi mereka yang hanya bergantung kepada idea dan tindakan yang diarahkan oleh pemimpin lama.
BN seharusnya mencontohi parti lain terutama DAP dan Pas yang dipenuhi dengan pemimpin muda dan menyediakan lebih ramai pemimpin pelapis.
DAP membariskan golongan muda dalam PRU15 dan menang antaranya Syahredzan Johan (Bangi), Howard Lee Chuan How (Ipoh Timur), Young Syefura Othman (Bentong), Hannah Yeoh (Segambut) Yeo Bee Yin (Puchong) dan ramai lagi.
Begitu juga Pas yang banyak meletakkan pemimpin pelapis pada pilihan raya 19 November lalu.
Parti itu antara lain mengetengahkan pemimpin pelapis seperti Syahir Sulaiman (Bachock), Dr. Siti Mastura Mohamad (Kepala Batas), Afnan Hamimi (Alor Setar), Fawwaz Mat Jan (Permatang Pauh) dan banyak lagi.
Parti-parti ini mempunyai pemimpin pelapis yang boleh mengambil alih kepimpinan parti pada bila-bila masa.
Sedangkan BN terutama UMNO terus bergantung kepada ‘pemimpin tua’ tanpa menyediakan pemimpin muda yang berkarisma
Parti ini seharusnya telah membuat persediaan untuk mengantikan pemimpin belia yang mula memasuki fasa lain seperti Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Khairy Jamaluddin dan Shahrir Sufian Hamdan (hanya beberapa nama yang menonjol).
Sementara beberapa pemimpin pelapis seperti Dr. Muhamad Akmal Saleh, Isham Jalil, Mohd. Syafiq Fhadly Mahmud, Neow Choo Seong, Chua Jian Boon dan Wong Siew Mun pula perlu diberikan lebih peluang untuk melontarkan idea.
BN memerlukan penyertaan lebih ramai anak muda kerana parti ini benar-benar ketinggalan daripada segenap segi seperti yang dipaparkan dalam PRU lalu.
Kempen media sosial BN lapuk dan ketinggalan zaman. Mereka langsung tidak menguasai TikTok dan Twitter seolah-olah tidak belajar kekalahan yang dialami pada PRU14.
Hanya beberapa pemimpin yang tampil di media sosial mempertahankan parti apabila difitnah dan diserang sementara yang lain termasuk calon senyap membisu seribu bahasa.
BN masih menumpukan cara berkempen yang usang iaitu berceramah di hadapan penyokong sendiri yang datang dengan memakai baju berlogokan parti. Di mana rakyat?
Parti itu perlu menyedari bahawa mereka kalah akibat tsunami orang muda iaitu gelombang yang dicetuskan oleh pengundi yang berusia 18 tahun hingga 20 tahun yang didaftarkan secara automatik.
Bilangan pengundi ini akan bertambah berkali ganda dari tahun ke tahun sehinggalah menjelang PRU16.
Pemimpin pelapis dari kalangan anak muda yang akan menentukan BN hidup atau terus terkulai menjelang PRU16.
Mereka mempunyai idea dan mereka tahu apa yang berlaku di media sosial. Kumpulan inilah yang perlu diberi tempat oleh BN.
Jika BN tidak bertindak dari sekarang, tidak menyediakan pemimpin pelapis dan tidak memberikan mereka ruang, parti itu hanya menunggu masa untuk ditalkinkan. MG
BN perlu pemimpin pelapis atau tunggu masa ditalkinkan
Baca Artikel Menarik:
- Tiada lagi projek tanpa tender, tegas Anwar
- DAP tidak akan kuasai kerajaan saya – Saarani
- Kemalangan pelik cetus kritikan di media sosial
- Data pengguna WhatsApp Malaysia dijual di platform antarabangsa – MCCA
- Hishammuddin, Ismail disertakan dalam Jemaah Menteri Anwar?
- Ismail nafi dakwaan perbelanjaan negara tidak direkod
- Adakah keangkuhan Muhyiddin punca PN gagal tawan Persekutuan, Perak dan Pahang?
- UMNO Perlu Kembali Kepada Disiplin Dan Hieraki Parti – Johari
- Pecah masuk restoran Zul Yahya, lelaki ditahan polis
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Pusat hiburan tawar khidmat GRO diserbu
- Presiden paling lama berkuasa di dunia menang pilihan raya lagi
- Safawi, Syifa sah bergelar suami isteri
- Shila Amzah pekak sebelah, alami jangkitan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi
Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim