Apple ancam sekat Twitter
Apple ancam keluarkan Twitter daripada App Store
Apple mengancam untuk mengeluarkan Twitter daripada kedai aplikasinya (apps store) serta meminta pengubahsuaian tertentu pada platform media sosial, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Elon Musk mengesahkan pada Isnin, lapor Sputnik.
“Ya”, Musk berkata apabila ditanya sama ada Apple mengancam kehadiran Twitter atau menuntut perubahan pada platform media sosial itu.
“Apple juga mengancam untuk menyekat Twitter daripada App Storenya, namun sebabnya tidak dimaklumkan kepada kami.”
Terdahulu pada Isnin, Musk menyiarkan tinjauan pendapat yang bertanya kepada pengguna Twitter sama ada Apple wajar menyiarkan semua tindakan penapisan yang dilakukannya yang sudah menjejaskan pelanggannya.
Tinjauan itu akan ditutup pada petang Selasa, dengan setakat ini sejumlah besar pengguna Twitter menyokong Apple kerana ia lebih telus mengenai sebarang tindakan penapisan yang mungkin sudah diambilnya.
Minggu lepas, Musk berkata, beliau akan mencipta telefon pintar baharu jika rangkaian sosial itu dikeluarkan daripada Apple dan Google app stores.
Musk melakukan tinjauan itu selepas firma bernama LBRY, yang mengendalikan perkongsian fail dan pembayaran untuk rangkaian sosial, menyiarkan kenyataan di Twitter yang mendakwa Apple menetapkan supaya aplikasinya menapis beberapa istilah carian daripada dipaparkan dan jika tidak aplikasi Twitter tidak akan dibenarkan dalam Apple app store.
Pada 28 Oktober, Musk memuktamadkan pemerolehan Twitter membabitkan bayaran berjumlah AS$44 bilion. Berikutan pengambilalihan itu, Musk mengubah operasi harian syarikat, termasuk pemberhentian eksekutif Twitter yang bertanggungjawab ke atas privasi platform, keselamatan siber dan penapisan, serta kira-kira dua pertiga daripada pekerja Twitter.
Ketiadaan eksekutif App Store utama Apple, Phil Schiller daripada Twitter mencetuskan spekulasi bahawa gergasi teknologi itu semakin bimbang mengenai pengendalian platform media sosial oleh Musk, termasuk mengembalikan semula akaun yang disekat. HM
Apple ancam sekat Twitter
Baca Artikel Menarik:
- Tiada lagi projek tanpa tender, tegas Anwar
- DAP tidak akan kuasai kerajaan saya – Saarani
- Kemalangan pelik cetus kritikan di media sosial
- Data pengguna WhatsApp Malaysia dijual di platform antarabangsa – MCCA
- Hishammuddin, Ismail disertakan dalam Jemaah Menteri Anwar?
- Ismail nafi dakwaan perbelanjaan negara tidak direkod
- Adakah keangkuhan Muhyiddin punca PN gagal tawan Persekutuan, Perak dan Pahang?
- UMNO Perlu Kembali Kepada Disiplin Dan Hieraki Parti – Johari
- Pecah masuk restoran Zul Yahya, lelaki ditahan polis
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Pusat hiburan tawar khidmat GRO diserbu
- Presiden paling lama berkuasa di dunia menang pilihan raya lagi
- Safawi, Syifa sah bergelar suami isteri
- Shila Amzah pekak sebelah, alami jangkitan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabila Razali nikah senyap-senyap?
Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi
Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim
You must be logged in to post a comment.