Pemegang PhD jual sayur untuk tampung kos hidup

Seorang lelaki yang mempunyai empat ijazah sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) kini terpaksa menjual sayur di Punjab bagi memenuhi keperluannya, lapor portal berita News18 semalam.

Dr. Sandeep Singh, pernah bergelar profesor kontrak di Universiti Punjabi, Patiala. Namun, dia terpaksa meninggalkan pekerjaannya kerana masalah gaji yang amat rendah.

Lelaki berusia 39 tahun itu juga pernah bekerja sebagai profesor kontrak di Jabatan Undang-undang Universiti Punjabi selama kira-kira 11 tahun.



Dia juga mempunyai empat ijazah sarjana termasuk Punjabi, Kewartawanan dan Sains Politik.

Profesor yang kini menjual sayur-sayuran itu kini melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perpustakaan dan Sains Maklumat dari Universiti Lovely Professional.

“Pada Jun tahun lalu, saya berhenti mengajar kerana menjadi sukar bagi saya dan keluarga saya untuk bertahan dengan gaji (rendah).

“Saya masih mahu bekerja sebagai profesor tetapi keadaan tidak mengizinkan,” katanya kepada akhbar India Today.



Menurut Singh, dia akan terus belajar sepanjang hayatnya. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]



Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker