Wanita bersalin di pekarangan Masjid Nabawi

Wanita bersalin di pekarangan Masjid Nabawi

MADINAH – Sukarelawan Bulan Sabit Arab Saudi yang beroperasi di Masjid Nabawi mengalami pengalaman berbeza apabila seorang wanita melahirkan anak selepas beliau mengalami kesakitan untuk bersalin di pekarangan masjid tersebut, Khamis lalu.

Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Bulan Sabit Arab Saudi (SRCA) cawangan Madinah, Dr. Ahmed Ali Al-Zahrani berkata, pasukan sukarelawan yang bertugas dengan pusat ambulan di masjid tersebut membantu wanita itu melahirkan seorang bayi, lapor Saudi Gazette.

Katanya, apabila pasukan itu tiba di lokasi, mereka mendapati wanita tersebut berada dalam keadaan kritikal dan hampir bersalin.

Wanita tersebut mengalami kontraksi, yang menunjukkan dia hampir bersalin yang mana air ketuban pecah dan kepala bayi tersebut mula keluar, kata pasukan SRCA.

Berikutan itu, pasukan tersebut mula membantu wanita berkenaan bersalin.

Seorang pengamal perubatan turut hadir di lokasi untuk membantu.

Selepas bayi dilahirkan, ibu dan bayi itu dipindahkan ke Pusat Kesihatan Bab Jibril untuk pemeriksaan, kara Dr Al-Zahrani sambil menambah kes tersebut memerlukan penjagaan kesihatan yang intensif. MG

Wanita bersalin di pekarangan Masjid Nabawi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker