Tikus ‘makan’ 200kg ganja

Tikus ‘makan’ 200kg ganja

LUCKNOW – Pihak berkuasa di India ‘menyalahkan’ tikus kerana memusnahkan hampir 200 kilogram (kg) ganja yang dirampas dan disimpan di balai polis.

Kejadian itu terbongkar selepas Hakim Sanjay Chaudhary meminta polis untuk mengemukakan bukti rampasan dadah berkenaan.



Insiden sama turut berlaku terhadap 386 kg dadah dalam kes berasingan yang ditempatkan di balai polis di daerah Mathura.

Polis kemudiannya memfailkan laporan yang mendakwa sebahagian daripada ganja tersebut ‘dimakan’ tikus.

“Ia adalah haiwan pemusnah yang tidak takut dengan polis. Sukar untuk ‘melindungi’ dadah daripadanya,” menurut kenyataan sebuah mahkamah di Uttar Pradesh.

Jelasnya, polis tiada kepakaran untuk menangani masalah itu dan satu-satunya cara adalah dengan melelong dadah berkenaan kepada makmal penyelidikan atau firma perubatan dan hasilnya diserahkan kepada kerajaan.



Sementara itu, pegawai kanan polis di daerah Mathura, MP Singh pula memaklumkan sebahagian ganja yang disimpan di balai yang berada di bawah kawalannya musnah kerana hujan lebat.

Pada 2018, lapan anggota polis di Argentina dipecat selepas mereka menuduh tikus sebagai punca yang menyebabkan setengah tan ganja hilang dari gudang pihak mereka.

Tetapi, pakar bertindak mempersoalkan dakwaan itu selepas mereka menegaskan sejumlah bangkai tikus mungkin ditemui di gudang berkenaan jika benar ia memakan dadah tersebut. Sinar

Tikus ‘makan’ 200kg ganja




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker