Rogol remaja bawah umur, bintang pop Kanada Kris Wu dipenjara 13 tahun

Rogol remaja bawah umur, bintang pop Kanada Kris Wu dipenjara 13 tahun

BEIJING: Mahkamah Beijing menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap bintang pop Kanada kelahiran China, Kris Wu atas kesalahan jenayah rogol.

Memetik Reuters, Mahkamah di Daerah Chaoyang Beijing memaklumkan siasatan membuktikan selebriti yang juga dikenali sebagai Wu Yifan melakukan jenayah itu dari November hingga Disember 2020.

Sementara itu, maklumat dari WeChat rasmi mahkamah memaklumkan penyanyi berusia 32 tahun ini turut dijatuhkan hukuman kerana berkumpul untuk aktiviti pergaulan seksual pada Julai 2018.

Difahamkan, penyanyi November Rain ini dijangka akan dihantar pulang meskipun peguam di China berkata pengusiran biasanya berlaku selepas defendan menjalani hukuman mereka.
Dalam pada itu, pegawai dari Kedutaan Kanada di Beijing hadir di hari perbicaraan.

Wu ditahan di Beijing pada 31 Julai tahun lalu selepas seorang pelajar China berusia 18 tahun secara terbuka mendakwa bintang itu mengajaknya dan beberapa remaja lain yang sebahagiannya di bawah umur 18 tahun untuk mengadakan hubungan seks.

Sehingga kini, Kedutaan Kanada tidak memberi sebarang maklum balas kepada pihak media. Aw

Rogol remaja bawah umur, bintang pop Kanada Kris Wu dipenjara 13 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker